“Paling sesuai sekarang ni Sari Yanti, shuib pun rapat dengan Jep”- Netizen

Khasiat susu ibu sudah terbukti sangat bagus bagi semua bayi yang baru dilahirkan. Kesedaran terhadap kebaikan khasiat susu ibu juga kini semakin meningkat dalam kalangan wanita. Dan pentingnya juga apabila memilih seseorang sebagai ibu susuan dengan mengetahui khasiat pemakanan yang diamalkan oleh mereka. Selepas kehiilangan isteri tercinta, Shuib menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya termasuklah bayi pramatang Ayash Affan yang baru berusia lima hari.

Bukan mudah melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah merangkap seorang ibu dalam masa yang sama. Menerusi temubual Shuib bersama wartawan portal mStar, Shuib sendiri akui bimbang memikirkan ibu susuan buat Ayash Affan.

Jelas Shuib, dia mahukan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan ibu susuan buat Ayash. Shuib mengambil kira khasiat pemakanan yang diamalkan oleh ibu susuan tersebut buat anaknya dan cuba untuk mendapatkan nasihat daripada ustaz terlebih dahulu.

Shuib juga memberitahu, rakan artis antaranya Syatilla Melvin menawarkan untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Dan akan dipertimbangkan oleh Shuib kemudian.

Dalam pada itu, posting video yang dikongsikan oleh mStar di laman Instagram menerima ratusan komen daripada netizen dan menerima sekitar 20 ribu tanda suka.

Rata-rata netizen tersentuh hati melihat Shuib seorang diri menggalas tanggungjawab buat bayi kecilnya itu.

“Tersentuh hati tengok muka shuib, ya Allah, semoga dipermudahkan urusan shuib untuk anak-anaknya “- Netizen

Ada juga sebahagian netizen mencadangkan pelakon Sari Yanti adalah ibu susuan yang paling sesuai buat Ayash memandangkan Sari Yanti baru melahirkan anak bongsunya dan merupakan isteri kepada sahabat baik Shuib iaitu Jep Sepahtu.

Semoga urusan Shuib dapatkan ibu susuan buat Ayash Affan dipermudahkan dan semoga Shuib kuat membesarkan anak-anak walaupun tanpa isteri tersayang.

Sumber: Instagram mstaronlineofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!