“Lagu sendiri nyanyi pun tempo lari tok” – Wak Doyok

Tampaknya semakin galak usahawan sensasi ini mempromosikan lagu terbaharunya yang dikhabarkan oleh tuan punya badan bahawa ia akan dikeluarkan lima hari lagi. Menyatakan bahawa single lagu rayanya itu bertajuk ‘Kelepuk Raya’, entah apakah yang bakal disajikan buat netizen. Begitupun teaser lagunya itu yang dikongsikan di Instagram agak mengundang kecaman netizen. Masakan tidak, penari-penari iringannya pula yang menarik perhatian netizen. Ya lah… Berperwatakan ala lelaki lmbut, ada pula yang pakai singlet, kalung sebeban, ramai merasakan imej sedemikian tak sesuai untuk bertemakan Hari Raya.

Justeru ramai mempertikaikan mengapa Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengetengahkan imej sedemikian di kala menjelang hari mulia yang dikatakan patut membawa konsep Islam dan keMelayuan yang penuh kesopanan dan kesusilaan.

Jika dilihat hantaran Aliff, dua daripada tiga penari iringannya dilihat memakai singlet, tetapi masing-masing sarat memakai banyak perhiasan rantai, begitupun mengenakan pula songkok. Lebih tak tahan, apabila menari dengan gaya menggeletis, dah semacam sotong.

Rentetan itu, ramai merasakan Aliff sengaja mengundang kecaman warga maya. Tak kurang mempertikaikan tindakan beliau menggunakan penari latar dengan lagak sedemikian. Haishh.. Dato’…Dato’.. Ada yang pulangkan batu buah keras.

“Konon kata dah insaf kurang video kontr0versi. Sama la cam DSV. Propa je kata dua2 dah insaf”, “Menggeletis je tgk penari2 dgn mekap, pakaian tak sesuai, geeli je”, “Tak perlu pun penari pelik2 kat belakang tu”, “Lagu Dato semua best, tp sy tak suka la tgk soot0ng l3mas mcm kena short electrik je. Over”. Itu antara komen netizen.

https://www.instagram.com/p/CcXxjzyAwxj/

Jika diikutkan memang ada je yang boleh terima lagu-lagu Aliff ni. Namun demikian, seakan nak menarik perhatian netizen dengan menggunakan kaedah jelik itu dilihat menimbulkan ketidakpuasan hati. Apatah lagi di bulan Ramadan dan sempena Syawal.

Lebih merengsakan netizen apabila gaya untuk mengetengahkan lagu sedemikian disifatkan tak sesuai yang dikatakan tidak mencerminkan budaya Melayu yang penuh keindahan dan sopan santun sebagai orang Islam dengan menonjolkan imej lelaki lembut. Wallahualam…

Dalam pada itu, agak mencuit hati juga apabila rakan selebriti turut memberikan komen Di hantaran Aliff. Antaranya, usahawan yg juga ikon fesyen, Wak Doyok. Menegur persembahan Aliff, katanya Aliff nyanyi lagu sendiri pun lari tempo. Selamba je dia tegur ya…

Seperti sebahagian netizen di hantaran sama, barangkali coretan Wak Doyok itu dek nyanyian Aliff yang dikesan tak seiring lagu diperdengarkan. Macam-macam netizen ni… Dalam pada tengok penari-penari Aliff tu, sempat lagi perati miming Aliff.

Harap Aliff mengambil positif komen peminat dan pengikutnya. Rasanya tak perlu berlebihan pun… gaya Dato’ Aliff seorang saja dah berjaya menarik perhatian netizen. Apa pun selamat maju jaya buat lagu Raya terbaharu Dato, mana tau meletops nanti.

Sumber: IG Datuk Seri Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!