“Macam vibes lagu Omar Hana” – Netizen

Setiap ibu bapa pastinya hanya mahukan yang terbaik buat anak- anak mereka. Buat pasangan selebriti yang cukup di kenali ramai iaitu Neelofa dan PU Riz, keputusan mereka untuk tidak mendedahkan lagi wajah anak pertama mereka iaitu Muhammad Bilal sekian lama menjadi tumpuan para netizen. Walaupun keputusan berkenaan di persoalkan namun para peminat tetap menghormti keputusan pasangan tersebut.

Niat pasangan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melindungi putera sulung mereka itu memandangkan mereka berdua sangat dikenali orang ramai.

Buat para peminat yang menghormti keputusan pasangan itu, mereka terus bersabar menantikan pasangan tersebut mendedahkan wajah anak sulung mereka itu.

Namun begitu demi tidak menghampakan para peminat yang sekian lama menyokong, Neelofa adakalanya akan berkongsi rutin harian beliau sebagai ibu kepada para peminat.

Menerusi media sosial, Neelofa memuatnaik video suara anak sulung itu iaitu Muhammad Bilal menangis dan merengek namun tetap menutup dan tidak mendedahkan wajah anak kecil itu.

Walaupun perkongsian video tersebut agak pendek namun ianya sudah cukup menggembirakan para peminat pasangan tersebut. Suara tangisan Bilal juga mengubati kerinduan para peminat yang sudah tidak sabar menatap wajahnya.

Meskipun sudah hampir tiga bulan melahirkan Muhammad Bilal, namun masih belum ada tanda pasangan itu akan mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum.

Namun pasangan ini sudah mulai terbuka untuk berkongsi berkenaan perjalanan kehamilan dan aktiviti bayinya di media sosial.

Keterujaan dikurniakan zuriat pertama telah mendorong PU Riz atau nama sebenar beliau Muhammad Haris bin Mohd Ismail untuk merakamkan lagu buat anak sulungnya itu sebagai kenangan.

Lagu pertama nyanyian PU Riz itu berkonsepkan dakwah dan menyelitkan selawat serta pesanan buat anak sulungnya Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram PU Riz, pendakwah bebas itu telah berkongsikan video yang memaparkan beliau menyanyikan lagu buat anaknya Muhammad Bilal.

Kongsi PU Riz lagi, lagu tersebut merupakan single pertama nyanyian beliau. Judul lagu berkenaan adalah Zikir Selawat dan pesanan untuk Bilal.

Istimewanya menerusi klip video pendek tersebut yang di kongsikan di Instagram PU Riz, kelihatan PU Riz turut mendukung anaknya Muhammad Bilal dan memperlihatkan tangan anaknya itu yang sangat putih.

Di permulaan lagu berkenaan, PU Riz berselawat dan kemudiannya di ikuti dengan lirik pesanan kepada anaknya agar menjadi anak yang soleh. Sangat mendalam kasih sayang yang di berikan oleh PU Riz dan Neelofa buat putera sulung mereka itu.

Menjengah keruangan komen, para peminat turut mendoakan agar cahaya mata sulung kepada pasangan PU Riz dan Neelofa itu membesar menjadi anak yang soleh sepertimana pesanan daripada abahnya di dalam lagu berkenaan.

Komen netizen lagi, lagu berkenaan kedengaran seperti irama lagu kanak- kanak Omar dan Hana sekaligus menjadinya ianya sangat mesra pendengar dan sangat dekat untuk di perdengarkan kepada golongan kanak- kanak yang lain. Berikut dikongsikan pula komen- komen lain yang di tulis oleh netizen terhadap video berkenaan.

“MasyaAllah.. Bilal anak yg beruntung punya Abah yg suka memberi pesan2 yg baik sejak Bilal lahir.. Moga Bilal membesar menjadi anak soleh pelapis alim ulama spt mana Impian Ummi & Abah Bilal.. Aaminn “ – Netizen

“masyaallah bilal bertuahnya masih kecil lg abah selalu ado pesanan utk bilal insyaallah bilal akan jd ank yg soleh seatu hr nnti moga jd ank yg cerdik berilmu agama berjaya dunia akhirat aamin” – Netizen

Sebagai rekod, setelah empat bulan berkahwin, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun bekas pengacara Meletop itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.

Namun sehingga kini setelah kelahiran anak sulungnya itu pada Januari yang lalu, pasangan popular itu masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa.

Sumber: ig pu riz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!