“Bestnya jadi org kaya, banyak masa boleh happy2”- Netizen

Setiap kejayaan seseorang bermula dengan langkah pertama mereka. Langkah pertama itulah yang mendorong mereka untuk usaha terlebih dahulu sebelum menjaga seorang yang berjaya. Kita selalu lihat kejayaan individu tersebut. Namun jarang sekali kita tahu di sebalik usahanya yang sudah mampu mencapai tahap kejayaan yang diinginkan. Usaha tangga kejayaan, itulah perumpamaan yang sesuai.

Ramai selebriti di Malaysia harungi perit getir sehinggalah berjaya menempa nama dalam industri hiburan dan memiliki perniagaan sendiri antaranya Hairul Azreen, Datuk Siti Nurhaliza dan juga Fizo Omar.

Fizo Omar antara pelakon yang berasal dari peserta Hero Remaja. Siapa sangka, dari rancangan realiti itulah Fizo harungi pelbagai onak duri dalam industri hiburan sehingga berjaya menjadi pelakon yang hebat.

Bukan sedar berlakon sahaja, Fizo kini telah memiliki beberapa pusat ATV di sekitar Kelantan dan Pahang.

Fizo yang gemar dengan aktiviti lasak menjadikan hobi tersebut sebagai bisnes terbarunya.

Menerusi Instagram, Fizo berkongsi video perjalanannya ke salah satu tempat pusat ATV miliknya yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Fizo juga sering berkongsi videonya bermain ATV dan motor cross memandangkan ia adalah aktiviti lasak yang digemarinya.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan berpuas hati dengan servis di pusat ATV milik Fizo di Pahang itu.

Malah ada yang memberi komen menyatakan perasaan gembira melihat kehidupan mewah Fizo sekarang. Dan ini reaksi Fizo.

Seronoknya dapat main ATV dekat temat Fizo ni. Sekarang dah boleh rentas negeri, kena pergi ni hehe..

Sumber: Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!