“Baik beli beg ni dari beli beg designer mahal2”- Netizen

Emas merupakan perhiasan yang berharga buat golongan wanita. Tak dinafikan, hampir semua wanita amat ‘gilakan’ emas dan salah satu simbol mewah buat wanita. Kita juga sedia maklum, emas juga adalah aset yang paling berharga dan sangat bernilai. Harga emas juga jarang sekali jaatuh, pasti akan naik setiap masa bergantung pada ekonomi dunia.

Contohnya jika berlaku kecemasan atau kita ingin gunakan wang secepat yang mungkin, emas inilah yang boleh membantu kita untuk mendapatkan duit sama ada dijual atau digadai.

Melihat usahawan tempatan sekarang, beliau selalu berkongsi video atau gambar yang memperlihatkan perhiasan emas mereka. Dari jauh dah nampak kilauan emas yang dipakai mereka.

Tidak terkecuali, Dato Seri Vida pun salah seorang yang gilakan emas. Tengok sahajalah beliau, penuh gelang emas dan rantai emas yang dipakainya.

Vida cukup dikenali dengan kemewahannya setelah bergelar usahawan dan memiliki emas sebagai satu aset memang sudah jadi kewajipan bagi Vida.

Baru-baru ini, Vida menunjukkan satu beg yang diperbuat daripada emas di penang gold fair m dan berkemungkinan beg emas itu puluhan ribu. Wah seram dengar harga dia kan..

Menerusi video yang dikongsi Vida, kelihatan beliau memegang beg emas berkenaan sambil diperhatikan penjual tersebut. Kelihatan riak wajah Vida seakan-akan ingin membeli beg emas itu.

Malah netizen yang melihat video Vida itu memberi pelbagai respon dan menyifatkan Vida seorang yang beruntung kerana mampu beli apa sahaja yang beliau mahukan.

Video Vida telah menerima 605,000 tontonan dan 17,000 tanda suka sejak dimuatnaik Sabtu.

Terbeliak mata tengok beg emas yang Dato Vida pegang.. Agaknya Dato Vida beli ke tak tu. Nampak cantik je beg emas macam itu hehe..

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!