“Cantik manis Ayda Jebat berhijab”- Netizen

Setiap wanita yang telah bergelar isteri ada di antara mereka telah mula mengenakan hijab selepas berkahwin. Jika kita lihat sekeliling, ramai juga yang bertudung atau berhijab selepas berkahwin termasuklah golongan selebriti wanita. Malah ada juga yang baru mencuba untuk bertudung secara perlahan-lahan. Kita sebagai netizen, doa yang baik-baik buat mereka ya.

Salah seorang selebriti wanita yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung iaitu Ayda Jebat tampil ayu dan cantik bertudung baru-baru ini di majlis cukur jambul puterinya.

Foto Ayda bertudung sambil mendukung Ana Nayla telah disukai ramai netizen lebih-lebih lagi apabila Ayda sudah bergelar seorang ibu.

Sementara itu, Cahaya mata Ayda dan Nabil yang diberi nama Ana Nayla itu telah menjadi perhatian ramai netizen di laman sosial media. Dengan wajah comel dan polos itu, ramai tidak sabar untuk melihat Ana Nayla membesar nanti.

Akaun Instagram Ana Nayla juga telah dibuat sendiri oleh ibu bapanya dan telah diikut seramai 77,000 pengikut di Instagram. Lepas ni popular lah anak Ayda dan Nabil ya hehe…

Di ruangan komen, Rata-rata netizen memuji Ayda yang kelihatan cantik bertudung dan menzahirkan ucapan doa buat Ayda. Tak lupa juga, ramai teruja dengan kehadiran Ana Nayla.

“Cantiknya pakai tudung, Alhamdulillah semoga Ana Nayla membesar dengan sihat, Moga jd anak yg solehah, ank yg menarik tangan ibu bapanya ke syurga”- Netizen

Comel betul Ana Nayla ni.. Tak sabar nak tengok Ana Nayla besar nanti, mesti aktif macam ibu ayah dia.

Sumber: Instagram Aydajebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!