“Kelasss kau dik”- Netizen

Sebut sahaja pelakon Rozita Che Wan, pasti korang teringat satu-satunya puteri bongsu milik Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah yang sudah berusia 6 tahun ini sangat comel dan cantik sama seperti ibunya. Apa saja yang digayakan oleh Aaisyah, pasti sama dengan ibunya. Hubungan antara dua beranak ini juga akrab memandangkan Aaisyah satu-satunya cahaya mata perempuan Che Ta dan suaminya, Zain Saidin.

Semakin Aaisyah membesar, pelbagai gambar Aaisyah dikongsi di laman Instagram miliknya. Ada sahaja outfit cantik daripada Aaisyah yang menjadi tumpuan pengikut-pengikutnya di Instagram.

Sekali lagi, Aaisyah memuatnaik gambar terbaru ala-ala model gitu. Gambar Aaisyah berserba pink lengkap dengan beg mahal dan kasutnya telah menarik perhatian ramai.

Walaupun baru sejam yang lalu dikongsi, gambar Aaisyah telah menerima hampir 3,000 tanda suka dan komen daripada netizen.

Tak dinafikan, perkembangan Aaisyah sentiasa dinanti-nantikan oleh pengikutnya di Instagram. Mengikut pada perkembangan Aaisyah, anak comel ini sudah pandai mengaji dan pandai bercakap dalam bahasa Inggeris.

Bukan itu sahaja, Aaisyah ikut jejak langkah ibunya pandai bergaya. Posing pun sama macam ibunya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

Makin besar makin bergaya Aaisyah sekarang, sama macam ibu dia.. Handbag tu paling kerlass, tu mesti Che Ta punya kan hehe..

Sumber: Instagram Aaisyahdhiarana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!