“Baru nak acah2 Ramly dengan Saloma, sekali tayar pecah”- Nabil

Aktiviti beriadah bersama keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dengan aktiviti beriadah, kita juga dapat meluangkan masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jika kita lihat, ramai meluangkan masa bersama keluarga dengan beriadah seperti berkelah dan berbasikal. Begitu juga buat selebriti Nabil, turut sama berkongsi aktiviti riadah bersama keluarganya menerusi laman Instagram.

Momen melucukan telah dikongsi oleh Nabil menerusi salah sebuah video yang dimuat naik di instagram Nabil baru-baru ini. Gelagat Nabil dan isterinya, Zira mencuri tumpuan netizen.

Video tersebut menunjukkan Nabil menaiki basikal untuk beriadah sambil Zira bonceng di belakang suaminya. Namun sebaliknya, basikal yang dibonceng Zira itu pancit selepas beberapa saat dinaiki oleh mereka.

Pada awalnya, Zira dan Nabil kelihatan gembira menaiki basikal itu. Dan tidak sampai beberapa minit selepas naik basikal, terkandas kedua-duanya di tepi jalan.

Gelagat lucu itu sempat dirakam oleh anak mereka dan ditonton sehingga 280,000 tontonan di Instagram Nabil. Rata-rata netizen terhibur selepas melihat video tersebut.

Netizen juga sempat mengusik Zira menerusi ruangan komen.

Melihat pada perkembangan Nabil, beliau kini lebih aktif dengan aktiviti berdakwah dan penampilan terbarunya bersama isteri juga lebih ke arah islamik.

Kelakar habis tengok gelagat Nabil dengan isteri. Memang kuat bunyi tayar pecah tu hehe. Kena tukar tayar baru lah nampaknya..

Sumber: Instagram Nabilzira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!