“Versi Zizi Kirana masa kecik kot” – Netizen

Satu-satunya puteri buat pelakon popula Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana adalah satu anugerah Allah SWT yang cukup bernilai dan lebih menghiasi rumah tangga mereka berdua. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan anak Che Ta, populariti anaknya yang lebih mesra dengan panggilan Ecah itu sama level dengan ibunya.

Setiap posting berkenaan perkembangan Aaisyah di Instagram pasti akan jadi perhatian netizen. Ada sahaja netizen yang mengambil berat tentang perkembangan anak comel ini dari kecil sehinggalah kini.

Secara umumnya, ramai tahu Che Ta sentiasa memastikan anak-anaknya cantik dan bersolek. Setiap penampilan Aaisyah juga sudah tentu disiapkan oleh ibunya sendiri. Meskipun Che Ta sentiasa mengutamakan penampilah Aaisyah, Che Ta juga memastikan anaknya untuk belajar membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Malah baru-baru ini, Instagram Aaisyah telah berkongsi sebuah video terbaru menunjukkan Aaisyah sedang membaca surah.

Gelagat comel Aaisyah bertelekung merah sambil membaca surah mencuri tumpuan netizen. Ramai netizen memuji cara didikan Che Ta untuk anak perempuannya kerana didikan yang seimbang dunia dan akhirat.

Video Aaisyah itu telah ditonton sehingga 53,000 tontonan dan menerima komen-komen positif daripada netizen.

Sejuk perut Che Ta lahirkan Aaisyah, kecik-kecik dah pandai baca ayat al quran. Alhamdulillah bagusnya Aaisyah, semogag membesar menjadi anak yang solehah ye.

Sumber: Instagram Aaisyahdhiarana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!