“Bapak2 mmg perangai mcm ni kan, suka mengacau anak” – Netizen

Melihat gelagat anak kecil sememangnya menghiburkan, Golongan istimewa itu menyebabkan tidak sahaja orang sukakan kanak-kanak yang melihat naik geram dek reaksi super comel mereka, bahkan ibu bapa mereka sendiri kadang terobsesi. Biasa kan melihat ibu bapa suka mengusik untuk bermain dengan anak sendiri? Ini termasuklah dilakukan pasangan personaliti media sosial, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim ini.

Lihat saj4lah Ryzal yang menyakat si kecilnya yang bernama Rina ni. Budak tu gamaknya nak bermain dengan cawan yang dihulurkan padanya, tapi dimain tarik-tarik pula bapanya. Ryzal beri dan menarik cawan itu beberapa kali.

Sampaikan menangis habis budak tu dibuatnya, hingga Maryam yang menghulurkan cawan berisi air pun tumpah ditepisnya. Merajuk barangkali disakat begitu sekali oleh bapanya itu.

Dalam pada itu, tak kurang netizen yang mengakui aksi menyakat seperti dilakukan oleh Ryzal pada anaknya itu perkara biasa dilakukan oleh golongan bapa. Bila anak dah menangis, ibulah jadi tukang pujuk kan…

Selain netizen, rakan artis juga memberikan respons di ruangan komen hantaran Maryam di Instagramnya itu. “Kan dah merajuk …tak nak dah bapak dia”, kata pelakon, Shiera Ijoy. “Hahaha jahattttt la daddy”, kata Thanuja Nanthan pula.

“Bapak2 mmg perangai mcm ni kan? Suka menyakat anak”, “Kemain mnyakat. kalau cemni mau mak pon naik bengang ni”, “Hahahaha daddy pun menyakat.. dh Pandai merajuk Rina”, “Alololo..kesian dia..daddy bvli”. Itu antara kata netizen.

Jika dibandingkan video dikongsikannya itu, agak mencuit hati apabila Maryam dalam kapsyen hantarannya mencoret: “With Rina house peaceful as always” (Dengan Rina, rumah aman tenteram seperti biasa).

Sudah pasti Maryam memaksudkan sebaliknya kan… Memang seperti kebiasaan, ada sahaja perkongsian pasangan ini yang menghiburkan. Mesti dah besar nanti, Rina pun akan mengikut jejak langkah ibu bapanya.

Terdahulu, You Narae, 26 atau nama Islamnya, Maryam warganegara Korea mendirikan rumah tangga dengan pemuda Melayu dari Kota Bharu, Kelantan, Ryzal atau nama sebenarnya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pada 15 Ogos 2019.

Maryam mengumumkan dirinya hamil menerusi sebuah video di saluran YouTube dia dan suaminya. Pada Oktober tahun lalu, pasangan terkenal dan mempunyai jutaan pengikut di medsos ini dikurniakan Rina.

Sumber : IG Maryam Younarae

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!