“Kesiannya Nora, tpksa buat video demi buktikan kt smua org yg pic tu tak edit” – Netizen

Di zaman serba moden dengan kecanggihan teknologi hanya di hujung j4ri ini, untuk membuat kerja-kerja pengeditan termasuklah foto bukanlah satu masalah besar. Bahkan kini, terdapat pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk mengelokkan yang hodoh, menguruskan yang gemvk, ‘menyedihkan’ yang gembira, memudakan yang tua dan pelbagai lagi. Gamaknya sebab itulah apabila pelakon, Nora Danish menayangkan badannya yang ramping baru-baru ini, ramai ragu-ragu.

Ada yang dakwa gambar menunjukkan dirinya yang tampak kvrus sebelum ini dek kesan edit. Ya lah… sebelum ini kan ramai saja yang gemar menggunakan apps untuk nampak cantik dan selim.

Itu sebabnya buat ramai netizen rasa tak percaya. Penyudahnya gamaknya terpaksalah Nora membuat video ini bagi membuktikan kesahihan saiz tubuhnya yang sebenar yang bukan diedit.

Dalam video dikongsikan di hantaran Instagramnya ini, Nora yang mengambil video dirinya pada sebuah cermin dengan telefon pintarnya menunjukkan bentuk batang tubuhnya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Cuma tanpa menunjukkan paras wajahnya sepenuhnya dek terhalang dengan telefon pintar yang dipegang, memang terlihat sekujur lekuk badannya yang sememangnya dicemburui ramai wanita di luar sana.

Kata Nora ramai tanya gaun hitam disarungnya itu beli kat mana, dan suka Nora nampak ramping kerana design baju dipakainya. Tegasnya lagi fotonya sebelum itu tak diedit, selain dia nampak kvrus kerana melakukan senaman termasuk beryoga.

Dia juga sudah cuba mengurangkan pengambilan nasi dan gula. Kerana itulah katanya dia sudah keh1langan beberapa kilogram lemak. Mengakui tidaklah ramping sangat, tetapi Nora sudah berpuas hati dengan saiz dimilikinya.

Jadi, jangan macam-macam kata tak percaya nampak Nora lentik semacam seperti foto edit ya… Nora dah pun membuktikannya. Moga lebih ramai wanita di luar sana terinspirasi nak ramping elok sepertinya.

Sebelum ini, isteri kepada Nedim Nazri juga pernah mengakui dia tidak menjamah sebarang nasi selama sebulan untuk menurunkan berat badannya. Gigih bukan? Siapa nak kvrus macam Nora, ada berani?

Biarpun usianya kini sudah mencecah 40 tahun, nampaknya raut wajah dan bentuk tubuhnya masih maintain seperti di awal kemunculannya dalam bidang seni lakon. Namun sudah tentu ia bukan semudah memetik j4ri.

Sumber : IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!