“Nak tgk Kep0m loncat mcm tu jgk, cikgu dapat tangkap tak” – Netizen

Pemilik nama Sharifah Aida Mazlina atau nama komersialnya Elly Mazlein kini lebih di kenali sebagai Kak Lina Pom Pom setelah menyertai rancangan Gegarvaganza suatu ketika dahulu. Ketika isu mengenai selebriti dan usahawan terkenal Neelofa yang belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak beliau Muhammad Bilal menjadi topik perbincangan hangat netizen, nama Kak Lina juga turut terpalit dengan isu berkenaan.

Ini kerana jika di lihat di media sosial sejak sekian lama Kak Lina amat jarang berkongsi gambar anak- anak beliau melainkan hanya aktiviti seninya sahaja di laman instagram.

Bekas pengacara rancangan hiburan Lagu Cinta Kita itu juga turut mengulas isu berkenaan dengan mengatakan bahawa isu tidak berkongsi wajah anak merupakan hak individu.

Kak Lina hanya mahukan anak anak beliau membesar dan menjalani kehidupan seharian secara normal tanpa banyak pendedahan terhadap kontr0versi dunia hiburan.

Memandangkan minggu ini merupakan cuti sekolah, beliau mengambil kesempatan untuk berehat dan keluar bercuti bersama keluarga.

Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, apatah lagi Kak Lina kini juga laku keras sebagai pengacara, namun Kak Lina tetap mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi perkongsian terkini Kak Lina di Instagram, beliau memuatnaik satu video di mana suaminya sedang melayani anak sulungnya Sefhia bermain di kolam.

Pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh Sefhia ketika t3rjun ke dalam kolam sambil di awasi oleh Cikgu Azlan.

Menjengah keruangan komen, netizen rata- ratanya mengusik Kak Lina di ruangan komen dengan berkata, mereka juga mahu melihat aksi Kak Lina pula yang t3rjun ke dalam kolam sambil di sambut oleh Cikgu Azlan. Ada ada sahaja ya usikan Netizen.

Cikgu Azlan begitu penyayang dan sangat rapat dengan anak anak Kak Lina mungkin kerana sudah terbiasa melayani kanak kanak ketika sedang mengajar membuatkan Cikgu Azlan tidak kekok melayani gelagat Sefhia.

Terdahulu, Kak Lina sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang pengarah drama pada November 2014.

Namun jodohnya bersama pengarah drama itu tidak panjang dan mereka berdua akhirnya memutuskan untuk berc3rai hanya setahun selepas berkahwin. Hasil pernikahan itu Kak Lina dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Sara Sefhia.

Bagaimanapun, kehidupan Kak Lina kelihatan semakin bahagia dan gembira setelah melangsungkan pernikahan keduanya dua tahun lalu bersama seorang guru geografi yang berasal daripada Kelantan dikenali sebagai Cikgu Azlan.

Beliau bersyukur kerana Cikgu Azlan sangat memahami kerjayanya dan menerima anaknya Putri Sara Sefhia seperti anak sendiri.

Hampir setahun lebih hidup bersama, Kak Lina telahpun selamat bersalin seorang bayi lelaki hasil pernikahan bersama Cikgu Azlan. Kehadiran bayi lelaki berkenaan yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan telahpun melengkapkan lagi keluarga mereka.

Sumber: ig iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!