“Kesian Emilia, biarlah dia manja” – Netizen

Antara yang bukan selebriti tetapi dikenali oleh seluruh warga rakyat Malaysia, Dr Sheikh Muzaphar, beliau merupakan usahawan pertama yang sampai ke bulan dan beliau sering berkongsiakn tentang ilmu menjaga anak. Apatah lagi beliau seorang bapa yang mempunyai anak yang ramai. Akan mendapat anak yang ke tujuh tidak lama lagi. Seronok anak ramai ni.

Meskipun sama-sama kerja dokt0r,namun yang banyak menghabiskan masa bersama anak adalah Dr Sheikh,  dan perkongsiannya seringkali mengenai anak-anak.

Dr Sheikh selalu berkongsikan cara membesarkan anak dengan betul dan ilmu-ilmu yang diberikan adalah sangat berguna kepada ibubapa yang berada diluar sana dan sering mengikuti perkembangan Dr.

Dr juga mengatakan bahawa anak-anaknya adalah sangat kurang berdukong dan ia mengajar agar anak-anak mereka berdikari dengan sangat baik. Namun ibubapa diluar sana tidak semestinya perlu mengikuti semua bab.

Rata-rata semua sudah mengetahui bahawa Dr Halina, isterinya sedang hamil, dan kali ini adalah seorang sahaja. Walaupun diusia 40 an, namun mereka masih mahu menambah anak dan memang merancang untuk anak yang ramai.

Tetapi yang terlihat dan yang dikongsikan adalah Emilia, iaitu anak yang paling kecil buat seketika ini,kelihatan agak membuat perangai dan agak sedikit mengada-ngada malah diakhirnya seperti sedikit mer4juk. Video perkongsian menunjukkan Dr cuba untuk memujuk dan mengambil semula hati anak kecil itu.

Seringkali di ruangan komen akan ada pertanyaan yang diluar tajuk perkongsian. Ini kerana Dr suka menjawab dan memberikan tips serta ilmu diruangan komen dengan pertanyaan-pertanyaan netizen.

Perkongsian ini mendapat banyak komen daripada netizen yang seolah memahami perasaan Emilia. Ada kata kerana Emilia bakal menerima adik, jadinya sikapnya memang akan berlainan dari sebelumnya. Boleh sahaja bagi manja kepada mereka anak kecil ini, tapi tidak berlebihan.

Setiap yang dikongsikan dan ditulis pada ruangan kapsyen Dr adalah benar. Namun tidak salaah jika kita berkongsikan kasih sayang dan memanjakan anak pada usia yang betul. Apatah lagi masih kecil, sangat mahukan belaian.

Sumber: ig drsheikhmuzaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!