“Bakal menantu baru ke tu” – Netizen

Menjadi adik beradik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, dirinya juga antara yang menjadi perhatian netizen. Apatah lagi bergelar instafamous dan mempunyai ramai pengikut di medsos, ada sahaja yang suka mengambil tahu dan mengkaji setiap inci perkembangan Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan ini. Terbaharu, ketika turut sama mengikut ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berkunjung ke Dubai, sekali lagi gelagat mereka menjadi perhatian.

Apa tidaknya, selain menjejakkan kaki ke negara menarik yang mempunyai mercu tanda tertinggi di dunia, Burj Khalifa, kelibat seseorang yang turut bersama mereka juga menarik perhatian. Yalah.. agaknya pemuda yang duduk dekat-dekat dengan Ameera itu macam sesuatu.

Rajin pula netizen nak tahu dan bertanya: “Bakal menantu baru ke tu…?” Main serkap jarang saja ya… Apa pun mana tahu jumpa pula bakal menantu baru orang Dubai pula di situ… Wah kalau betul bertuahlah ya hari-hari dapat tengok Burj Khalifa.

Sudah tentu ramai yang pastinya teruja hendak tahu siapakah bakal menantu baharu adik beradik ‘Kim Kardashian Malaysia’ ni. Jika diikutkan, sejak 2020 lagi Ameera sudah digosipkan telah bernikah di London. Begitupun tiada kepastian.

Selepas itu, cerita berkenaan senyap begitu sahaja selepas tiadanya kenyataan rasmi berkaitan daripada tuan punya badan. Jika ditinjau perkongsian hantaran Noor Kartini ini, tidaklah nampak pemuda berkenaan int1m dengan Ameera. Cuma manalah tahu kan masin mulut netizen kan..

Apa yang pasti, sejak akhir-akhir ini bila ada sahaja hantaran di medsos menunjukkan kelibat Ameera pasti ramai terperasan bahawa hijabnya tidak lagi dikenakan. Kalau dah namanya netizen Malaysia, mana mahunya tangan tak menaip meluahkan rasa.

“Bukak plak tudung dia… Adui aii..pakai tudung la dik lbh manis dan sopan”, “Ingatkan Hari Tu dah bertudung adik Neelofa”, “Eh bukan dia ni dulu bertudung ke?”, “Allahu moga diberikan hidayah dan kekuatan ya LittleMissKhan. Itu antara komen netizen.

Begitupun, sehingga artikel ini dikongsikan, komen-komen berkenaan ‘tudung’ Ameera itu nampaknya belum lagi mendapat respons Noor Kartini. Sudah tentu ibu Ameera lebih Arif tentang anaknya itu. Kita doakan yang baik-baik sudah …

Terdahulu, sebelum ini Ameera pernah tampil dengan imej berhijab, berturban dan kemudian menampakkan hadapan rambut, kini bukan itu sahaja, keseluruhan bahagian rambutnya itu pula sudah mula ditayangkan. Agaknya ramai yang sayang, tu yang menegur kan…

Tak kurang ramai netizen yang melihat imejnya itu sambil dikaitkan dengan Neelofa yang kini sudahpun berhijab sebagaimana seorang mvslimah sejak mendirikan rumahtangga dengan bekas peserta program Pencetus Umm4h (PU) Riz.

Sumber : IG Noor Kartini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!