“Mommy dia still nampak muda wlpn dah 4 ask4r”- Netizen

Setiap pasangan sudah pasti menginginkan cahaya mata dalam hidup mereka. Ada yang plan nak ada banyak, ada juga yang sudah plan anak dengan jumlah yang tertentu. Itu semua atas pilihan pasangan masing-masing. Biasanya, kalau ada ramai lah syok, bila musim raya, penuh satu rumah dengan anak-anak kecil ini.

Pasangan penyanyi Adira Suhaimi dan Dato Red, kini sudah pun dikurniakn 4 orang cahaya mata. Yang bongsu, baru saja lahir tau. Newborn lah katakan. Seronok sangat tengok Adira dan keluarga yang happy menyambut kelahiran baby barunya. Comel sangat budaknya.

Ada dimuat naik video Adira dan juga 4 orang anaknya, Adira yang menceritakan bagaimana perasaan sebagai seorang ibu. Rasanya, semua golongan ibu yang melihat video tersebut, pasti faham akan moment yang dimuat naik oleh Adira tersebut.

Tengok gelagat dan telatah anak-anak yang dalam video tersebut, sungguh menghiburkan hati para netizen sekalian. Mana taknya, semua nya comel-comel belaka. Penuh dengan ragam dan gaya nya yang tersendiri. Kalau jadi Adira, memang tak menang tangan ya dibuatnya.

Begitulah ketabahan ibu bapa ketika melayan karenah anak-anak mereka. Inikan pula waktu anak-anak usia masih kecil, awalan tahun.

Lagilah penat nak layan perangai sorang-sorang. Kena tabahkan diri lah katakan, lenguh jugak badan nak handle anak-anak ka

Bak kata netizen juga, Adira tak gaya seperti emak kepada 4 orang anak pun. Mana taknya, bila dilihat sekali imbas saja, memang tak gaya seperti ibu ada 4 orang anak pun. Macam anak dara adalah, nampak seperti masih remaja tau. Jeles lah dibuatnya.

Anak-anak kesayangan nya itu, seperti adik-beradik nya pula. Adira kan nampak seperti anak remaja, kulit nya mulus, dan maintain saja cantiknya sejak dari dulu lagi. Sebab tulah netizen kata tak gaya macam dah ramai anak kan. Awet muda.

Kalau ada orang kata kita awet muda, sudah pasti kita akan happy juga kan dengar. Mana taknya, iainya seolah salah satu pujian kepada kita. Siapa je taknak muka kita ni awet muda dan kelihatan seperti anak remaja. Mestilah nak sentiasa nampak muda kan.

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa menjadi ibu bapa itu bukanlah mudah, lebih lagi di mana anak-anak masih di fasa baru meningkat usia. Memang tak menang tangan dibuatnya, nak uruskan hal rumah, serta hal kerja. Kena tabah lah jawabnya.

Sumber : Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!