“Dia ingat dia femes” – Caprice

Mempunyai anak sememangnya boleh menambahkan seri dan keceriaan dalam sebuah keluarga. Apatah lagi si anak masih kecil dan petah berkata-kata, pasti ibu bapa pun seronok saja melayannya. Kata orang, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Itulah pastinya yang sedang dilakukan oleh mak bapak di luar sana termasuklah selebriti yang juga penyanyi hip hop, Caprice dikenali dengan panggilan Cap, Daddycap atau nama sebenarnya Ariz Ramli ini.

Berkongsi keletah anak tirinya, Aleesya yang bijak bercerita, ramai pula yang tertarik melihatnya. Dengar saj4lah apa yang diceritakan Aleesya kepada Cap dan ibunya, Farra Inalis atau Elis tentang rakan-rakannya di sekolah yang mahu bergambar dengannya.

Sempat Aleesya minta duit pada daddy nya dek kerana itu. Lebih mencuit hati tatkala Caprice pula menyampuk rakan Aleesya mahu berfoto dengannya disebabkan si kecil itu anak Caprice. Aleesya ingat dia yang femes, tapi sudah tentulah keràna Cap ramai yang kenal kan…

Kedengaran ceria sungguh anak beranak itu berbual sesama mereka. Sempat lagi Aleesya menghadiahkan civman buat Cap. Ya nampak erat sekali hubungan mereka biarpun Cap dan Elis agak baharu juga bergelar suami isteri iaitu sekitar hujung tahun lalu.

Tak kurang juga netizen di ruangan komen yang turut tumpang bahagia melihat gelagat mereka. Apatah lagi Aleesya semakin pandai dan yakin speaking kerana usaha Cap memperuntukkan masa dan hari untuk mengajar bahasa Inggeris kepada anak tersayang. Nampak comel jer…

Gaya bercakap pun dah macam ‘diva-diva’ pulak. Padanlah ada yang menggelarnya ‘diva kecik’. Lucunya, Cap pula ketika membalas komen netizen tentang itu berkata, ‘bukan diva AA, tapi hanya diva A saja. Ko ade ko ade…see my level see my level’. Adehhh.

“Her English is progressing well ya. Keep it up lil’ Diva n Daddy”, “Because of picture make me famous. Lil Diva”, “The k1sses are priceless”, “She is so cute, siap mintak duit”, “Aa comey, femes abis dah dik, daddy cap proud of you”. Itu antara komen netizen.

Kalau ada bapa pun tak sanggup, kadang tak ada masa nak layan anak sendiri, nampaknya Elis dan Aleesya bertuah Cap kelihatan sayang dirinya macam anak sendiri. Dalam masa sama tak kurang yang merasakan Aleesya juga pandai mengambil hati bapa tirinya itu.

Terdahulu ketika berkongsi dengan media, Elis memberitahu hatinya terpaut dengan Cap itu selepas melihat sifat penyayangnya dengan kanak-kanak dan anaknya serta tidak nampak palsu langsung. Elis ketika dinikahi Cap merupakan janda anak satu.

Menariknya sebelum ini Cap juga ada meluahkan hasrat hendak mengajar anak Aleesya yang berusia enam tahun itu bahasa Inggeris dan Perancis. Tampaknya, hasilnya dah mula nampak sekarang. Moga Daddycap terus istiqomah menjadi bapa dan suami yang baik.

Sumber : IG Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!