“Geramnya lah hai, rasa nk suruh berdiri betul2 je” – Netizen

Zaman yang serba canggih ini, pelbagai aplikasi yang kita gunakan termasuklah laman sosial media. Lebih-lebih lagi ketika masa kini, aplikasi Tiktok iaitu aplikasi sosial media yang terbaru telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Di Tiktok, macam-macam gelagat netizen yang kita sendiri dapat melihatnya melalui video yang dikongsi oleh mereka.

Walaupun anda tidak bergelar selebriti, jangan terkejut tau jika video anda telah terpilih menjadi viral dan hanya sekelip mata boleh popular seiring dengan artis Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika seseorang yang hanya bergelar netizen telah dipilih oleh pihak produksi untuk menjadi pelakon atau penyanyi.

Siapa sangka, Usahawan popular Aliff Syukri pun layan Tiktok tau. Ada sahaja video lucu yang dikongsi menerusi akaun Tiktok miliknya. Bukan setakat beliau sahaja, isteri beliau iaitu Datin Shahida pun turut sama join bermain Tiktok dengan suaminya.

Apabila sesebuah video menjadi trending di Tiktok, sudah menjadi kesukaan buat netizen untuk mengikuti trending tersebut termasuklah Aliff Syukri sendiri.

https://www.instagram.com/p/CeDfgccg7ux/

Malah Ada satu video trending yang popular dari negara seberang telah menjadi viral baru-baru ini. Daripada video trending itu juga, Aliff Syukri dan isterinya membuat lakonan semula bagi sekadar hiburan.

Video tersebut dikongsi Aliff Syukri di Instagram miliknya sehingga menerima 331,000 tontonan.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan terhibur dengan gelagat Aliff Syukri dan Shahida. Lebih-lebih kagi gelagat Shahida yang membuatkan netizen terkejut melihatnya. Lucu betul pasangan suami isteri yang romantik ini hehehe…

Komen-komen netizen juga banyak mengusik pasangan suami isteri ini. Dah menjadi kesukaan netizen apabila melihat mereka bergandingan di dalam video.

Amboi dato bukan main lagi ye.. Suka betul tengok video Dato dengan Datin sekarang, memang menghiburkan netizen.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!