“Dari beranak smp dh 4 tahun, Tokti xpernah umum duit raya anak”- Netizen

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Beliau yang mesra di sapa sebagai Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan bahagia tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Sebelum ini, Tokti pernah di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat. 11 tahun lamanya beliau menantikan zuriat pertama. Siapa sangka penyanyi itu kini sudah mempunyai dua orang anak. Malahan anak sulungnya Aafiyah membesar menjadi anak yang sangat mewarisi kelakuan dan keperibadian ibunya.

Sikap sopan dan sangat menjaga tingkah laku yang dimiliki Aafiyah itu kerana didikan oleh ibu bapa dan mencontohi keperibadian Tokti sendiri yang terkenal dengan sikapnya yang sangat sopan santun, lemah lembut dan merendah diri.

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda.

Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan beliau memperolehi Aafiyah menerusi proses rawatan IVF 4 tahun yang lepas. Malahan kandungan kedua anaknya juga iaitu Muhammad Afwa merupakan kembar kepada Aafiyah kerana embrio Muhammad Afwa terjadi pada hari yang sama dengan kakaknya Aafiyah.

Menyelak sisi perkembangan kerjaya Tokti pula, tahun ini Tokti berkesempatan untuk merakamkan lagu raya terbaru setelah bertahun- tahun tidak merakamkan lagu raya.

Lagu yang berjudul Lip Lap Raya itu mendapat sambutan menggalakan dari peminat malahan menambah seri kemeriahan perayaan aidilfitri tahun ini. Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat.

Mahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.5 juta orang para pengikut.

Apa jua tindak tanduk penyanyi kesayangan ramai ini kerap menjadi perhatian masyarakat kita. Ialah, kalau sudah namanya bergelar selebriti tanah air, apa jua yang di kongsikan di media sosial pasti akan menarik perhatian para netizen untuk memberikan reaksi mereka terhadap perkongsian berkenaan.

Menerusi Instagram Aafiyah Khalid, satu video yang memaparkan Aafiyah di dalam pesawat bersama ibunya telah di muatnaik buat tatapan para peminat. Walaupun baru berusia empat tahun namun Aafiyah sangat bijak dan petah bertutur. Menerusi perkongsian berkenaan, Aafiyah mengikuti ibunya menaiki pesawat untuk pergi beraya.

Memandangkan umat islam masih lagi dalam sambutan hari raya, perkongsian berkenaan menarik minat netizen untuk mengetahui jumlah duit raya yang diterima oleh Aafiyah.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen berteka teki mengenai koleksi peribadi duit raya yang diperolehi Aafiyah saban tahun setiap kali musim perayaan memandangkan usianya kini yang telah mencecah 4 tahun.

Bagaimanapun mengetahui keperibadian Tokti yang merendah diri, sudah tentu beliau tidak akan mendedahkan jumlah duit raya yang diperolehi anaknya. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Sementara itu, baru-baru ini seorang selebriti terkenal telah mendedahkan jumlah duit raya yang diterima oleh anaknya sempena musim perayaan kali ini membuatkan para netizen merasa kagum dengan jumlah tersebut memandangkan jumlah duit raya berkenaan agak besar.

Sumber: ig aafiyah khalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!