“Afwa dah dapat kaki asyik nak jalan aje” – Tokti

Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti mempunyai pelbagai rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Simplysiti. Di samping produk kecantikan, Tokti juga mempunyai label pakaian dan juga tudung.

Tokti yang telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Tanggal 19 Mac 2018 telah menjadi hari yang paling gembira dalam kehidupan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza apabila doa beliau selama ini untuk mendapatkan zuriat telah di kabulkan oleh Allah swt.

Penantian beliau bernoktah apabila beliau di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah. Kini kelahiran Muhammad Afwa pula semakin menambah seri dalam kehidupan rumahtangga beliau dan suami.

Walaupun memperoleh Afwa dan Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat mereka berdua. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah dan Afwa.

Baru berusia 1 tahun, kelibat anak lelaki Tokti ini agak jarang muncul di laman Instagram penyanyi bersuara lunak ini. Namun begitu adakalanya ketika Tokti membuat perkongsian terbaru mengenai anak lelakinya itu, reaksi para peminat teruja dan juga cair melihat gelagat bayi tersebut yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama baru-baru ini.

Sebelum ini Tokti pernah berkongsi satu video yang memaparkan Afwa sedang ketawa apabila di agah malahan mempamerkan senyuman yang paling manis ternyata amat mencuit hati semua peminat Tokti.

Lebih menarik apabila si comel berkenaan mempamerkan senyuman manis bersama lesung pipit serta dagu terbelah persis ibunya. Kini sudah menjangkau usia, Afwa bukan sahaja pandai tersenyum dan menunjukkan reaksi malahan Afwa sudah pandai berjalan.

Terbaru, menerusi Instagram muhd afwa khalid, gelagat anak kecil berkenaan di kongsikan buat tatapan para peminat Tokti. Video tersebut menunjukkan si comel Afwa yang tidak boleh duduk diam dan mahu berjalan ke sana kemari memandangkan “baru dapat kaki”

Menjengah keruangan komen, rata- rata warganet berkata mereka terhibur dengan gelagat Afwa berkenaan.  Warganet juga merasa gelagat Afwa sangat comel kerana tidak henti berusaha untuk bergerak sambil di bantu oleh pengasuhnya. Berikut dikongsikan komen- komen warganet.

Siapa sangka, Tokti yang dahulunya di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat kini sudah mempunyai dua orang anak. Malahan anak sulungnya juga sudah menginjak usia empat tahun.

Kini Afwa dan Aafiyah membesar menjadi anak yang sangat sopan dan mewarisi kelakuan dan keperibadian ibunya.

Sumber: ig muhdafwakhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!