“Bagus betul layanan Ustaz”- Netizen

Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa syukur kerana suaminya Raf Yaakob menjadi antara insan yang terpilih untuk mengikuti sesi keagamaan yang di anjurkan oleh Ustaz Ebit Lew baru- baru ini. Walaupun mengakui berasa sebak apabila suaminya sanggup keluar selama tiga hari demi menuntut ilmu agama namun beliau bangga dengan tindakan suaminya itu demi membimbing keluarga ke jalan Allah.

Mawar atau nama sebenar beliau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut mengucapkan terima kasih kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kerana menjemput suaminya ke tempat menuntut ilmu.

Tahun lalu, Mawar juga telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya setelah terbuka hati untuk mencabar dirinya berhijab sepanjang bulan Ramadhan. Penampilan beliau yang tampil bertudung mendapat perhatian para peminat dan dipuji kerana tampil lebih sopan setelah berhijab.

Sebagai rekod, Mawar Rashid mendirikan rumahtangga bersama Raf atau nama sebenar beliau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017. Hasil perkahwinan tersebut pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Raf sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

Keterbukaan hati suami kepada Mawar Rashid itu untuk mengikuti program dakwah dan pengajian islam bersama Ustaz Ebit Lew selama 3 hari telah memberikan inspirasi kepada para pengikut akaun Instagram beliau.

Raf bersama beberapa lagi rakan artis yang lain mendalami ilmu agama demi membimbing isteri dan keluarga beliau kearah yang lebih baik.

Menerusi perkongsian Raf di Instagram, beliau telah berkongsi cara pemakaian serban yang telah ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Lew. Kongsi Raf lagi, seumur hidup beliau tidak pernah memakai serban dan Ustaz Ebit ada memberikan pesanan supaya memakai serban sekurang- kurangnya setiap hari Jumaat.

Beliau berkata akan cuba mengambil maklum akan pesanan Ustaz Ebit Lew itu dan berusaha untuk mengamalkan pemakaian serban setiap hari Jumaat selepas ini.

Perkongsian Raf itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan beliau dan Mawar agar terus istiqamah dalam penghijrahan mereka.

Setelah berkongsi cara memakai serban di Instagram, pemakaian yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit dalam video tersebut telah menarik minat netizen untuk turut sama memakai serban. Malahan netizen juga turut mendoakan supaya Raf agar kekal istiqamah dengan penghijrahan beliau.  Berikut di antara komen- komen netizen.

“Kemas lawa pakai Serban. alhamdulillah, teringat made duk madrasah tahfiz dulu2 pakai serban” – Netizen

“Masha Allah. Bestnya tengok. Teringat arwh tokwan kak Nora. Style betui kalau dia belit serban. Dan dan auto kacak. Al Fatihah tokwan Ya dan Tokwan Din.” – Netizen

“Assalamualaikum. kemas raf yaakob tp kalau rambut tu dipendekkan sikit lg nampak kemas. pendapat saya shj. bkn nk kata yang saudara Raf tak pandai jaga rambut. “ – Netizen

“MasyaAllah handsome tabarakallah raf yaakob untungnya sis mawar rashid semoga korang bahagia hingga ke syurga Firdausi” – Netizen

Alhamdulillah semakin ramai artis di Malaysia yang mengambil pendekatan untuk berhijrah dan berubah kearah kebaikan.

Mudah- mudahan pengaaruh yang para artis serta selebriti bawa di dalam masyarakat ini bakal merubah golongan masyarakat terutama para peminat mereka pula untuk turut sama melakukan kebaikan dan mendekatkan diri dengan ajaran islam.

Sumber : Instagram raf yaakob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!