“Meriah rumah, best”- Siti Elizad

Jep Sepahtu atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri merupakan seorang pelawak dan penyampai radio. Penglibatan beliau dalam bidang seni diterima baik dan menyerlah apabila menjayakan beberapa program komedi Sepahtu Reunion Live dan JKK. Perkenalan bersama pelakon Sariyanti menerusi program JKK telah membawa pasangan tersebut menjadi pasangan suami isteri dan kini telahpun mempunyai 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama.

Anak bongsu pasangan ini iaitu Abu Bakr bin Mohd Nadzri baru sahaja di lahirkan pada 15 Mei yang lalu dan kini sudahpun berusia 3 bulan. Kehadiran bayi lelaki berkenaan telah melengkapkan lagi keluarga mereka yang kini mempunyai 5 orang anak.

Sebagai rekod Sariyanti sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil pernikahan beliau bersama seorang usahawan. Kedua-dua anak lelakinya itu juga sangat rapat dengan Jep dan adik beradik baru mereka.

Ketika sambutan hari raya Aidiladha yang lalu, begitu terasa akan kemeriahan mereka sekeluarga menyambut perayaan itu apabila kelima- lima orang anak berkumpul bersama apatah lagi dengan kehadiran dua orang anak lelaki yang masih kecil iaitu Khaidir yang dilahirkan sekitar Jun tahun lalu manakala anak bongsunya Abu Bakr pula dilahirkan pada bulan Mei yang lalu.

Bukan mudah untuk menjaga anak- anak kecil yang sedang membesar apatah lagi jika jarak usia antara anak- anak tidak jauh berbeza dan masing- masing memerluukan perhatian daripada ibu bapa dengan sewajarnya.

Boleh pening juga dibuatnya sekiranya mereka menangis serentak. Begitulah yang boleh digambarkan mengenai keadaan Jep Sepahtu ketika meluangkan masa bersama anak- anak beliau.

Menerusi satu perkongsian video yang di muatnaik oleh Jep di Instagram beliau, Jep telah berkongsi video yang memaparkan suasana di rumah ketika beliau sedang menjaga anak- anak. Ketiga- tiga anak beliau yang masih kecil itu berada bersama di ruang tamu dan menonton televisyen.

Namun ketika anak perempuan beliau iaitu Dariya sedang bercakap dengan beliau, adiknya Khaidir menarik rambut kakaknya itu sehingga menjadikan suasana ketika itu agak riuh rendah kerana jeritan serta tangisan kedua-dua beradik itu.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka terhibur apabila Jep hanya ketawa melayani anak- anak beliau dan memerhatikan gelagat anak- anaknya itu tanpa menegur mereka.

Lebih mencuit hati apabila Jep tidak perasan akan jeritan Dariya kepada beliau yang ketika itu sedang meminta pertolongan kerana di tarik rambut oleh Khaidir. Netizen juga mngalkan komen mengenai reaksi Jep yang lambat bertindak membantu anaknya itu. Berikut dikongsikan komen netizen.

Jep Sepahtu yang mempunyai seramai 4.3 juta pengikut di akaun instagram peribadinya mendapat kira- kira 368,000 jumlah tontonan dan 396 komen terhadap video berkenaan.

Ramai yang suka melihat hubungan kekeluargaan antara Jep Sepahtu dan Sariyanti dalam melayani anak-anak mereka. Semoga hubungan keluarga ini sentiasa diberkati dan bahagia selalu hendaknya.

Sumber : Instagram Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!