“Sporting habis ibu mertua” – Netizen

Setiap pasangan yang sudah berkahwin tentu berharap dapat memiliki mertua yang baik, penyabar, menerima dan menyayangi mereka. Dengan memiliki mertua yang baik, maka hubungan kekeluargaan pasti lebih bahagia dan harmoni. Contoh seperti pelakon Elisya Sandha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga mempunyai mertua yang cukup baik hati iaitu Sheila Rusly dan Jinggo. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon dan pengarah popular ini yang cukup sempoi dan sporting.

Melihat kepada hubungan mesra antara Elisya dan ibu mertuanya, mereka kelihatan bahagia bersama. Elisya pun sentiasa berkongsi video memasak bersama Sheila. Dan boleh dikatakan Elisya sangat cekap memasak sama seperti ibu mertuanya. Boleh dikatakan Elisya pun sering belajar memasak daripada Sheila sendiri.

Sikap sporting Sheila bersama anak-anak dan menantunya menerima pujian daripada netizen. Ada sahaja gelagat mereka sekeluarga yg mencuit hati netizen.

Malah baru-baru ini, Sheila telah berkongsi video melucukan di laman Instagramnya. Video tersebut menunjukkan Sheila memberi kejutan kepada anaknya, Uzair Haqimy dan Elisya dengan memakai kostum hitam ala-ala drama yang pernah dilakonkan iaitu Malika.

Video yang dikongsi Sheila hanyalah sekadar review jenama produk Maggie malahan menerima pujian daripada netizen kerana hasilkan idea yang kreatif dalam mempromosikan produk.

Selain itu, video tersebut telah ditonton sehingga 566,000 tontonan dan rata-rata netizen memberi pelbagai respon di ruangan komen.

Keperibadian Sheila yang sporting membuatkan netizen ‘cemburu’ dengan Elisya kerana mempunyai ibu mertua yang baik.

Bestnya Elisya dapat ibu mertua yang sporting dan layan Elisya betul-betul macam anak sendiri. Semoga hubungan kekeluargaan mereka sentiasa bahagia selalu.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!