“Aurat bro, rasanya dah belajar kot”- Netizen

Siapa masih ingat lagi filem Tentang Bulan? Filem Tentang Bulan dahulunya pernah menjadi fenomena dalam kalangan remaja dan menerima tontonan yang tinggi pada ketika itu. Pasti anda tahu salah seorang barisan pelakonnya iaitu Aedy Ashraf antara watak utama menerusi filem berkenaan. Dan sehingga kini, Aedy Ashraf masih bergiat aktif dalam bidang lakonan meskipun sudah dewasa. Dari kecil hinggalah dewasa, Aedy hebat dengan lakonannya.

Lakonan mantap Aedy sentiasa mrmbuatkan peminat-peminatnya ternanti dengan lakonan terbarunya. Sebelum ini, drama bersiri Projek Anchor SPM telah menjadi perhatian ramai penonton dengan watak utama oleh Aedy menerusi drama tersebut.

Selain sering membintangi watak utama, Aedy juga sentiasa menjadi tumpuan peminatnya di laman Instagram. Dengan berbadan tegap, sudah tentu menjadi kegilaan ramai wanita.

Baru-baru ini, Aedy menjadi perhatian netizen apabila memuatnaik foto dirinya tidak berbaju di laman Instagram. Foto tersebut telah menerima teguran daripada ramai netizen disebabkan Aedy menampakkan auratnya iaitu di bahagian pusat secara umum.

Salah satu komen telah menegur Aedy secara terbuka dan komen tersebut disokong oleh sebahagian netizen yang lain.

Malah ada juga beberapa wanita yang memuji wajah kacak Aedy. Pelbagai reaksi oleh peminat Aedy menerusi ruangan komen.

Sementara itu, foto Aedy telah menerima 65,000 tanda suka dan posting tersebut menerima banyak komen.

Bila teringat filem Tentang Bulan, Aedy masa tu kecil je. Sekarang dah dewasa dan matang, jadi kegilaan ramai wanita pula tu..

Sumber: Instagram Aedyashraf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!