“Semoga dipermudahkan segala urusan Zamani dan Che Puan Sarimah” – Netizen

“Bukannya setiap hari dapat jumpa salah seorang legend industri kita. Borak pasal kehidupan dan kesihatan”. Itu kata selebriti yang kini juga jurucakap motivasi profesional, Che Puan Sarimah Ibrahim yang menzahirkan perasaannya tatkala dapat bertemu empat mata dengan pelantun senior tempatan, Zamani Slam. Sudah pasti apabila jarang bersua, sementelah masa yang ada digunakan sebaiknya untuk bertanya khabar dan bertukar fikiran.

Bukan sahaja peminat, bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasanya pasti maklum akan keadaan kesihatan Zamani yang kini terganggu hingga menimbulkan simpati dan kegusaran insan menyayanginya.

Pastinya tidak ketinggalan Sarimah turut merasainya hingga sekali dapat berjumpa kali ini, pertemuan itu diharap dapat memberikan sedikit sokongan buat penyanyi popular dengan lagu Jika Kau Rasa Getarnya itu.

Dalam satu hantarannya, kata Sarimah: “Saya menjemput abang zamanislam_official ke altyortho hari ini untuk berjumpa dengan pakar AlTY drlimszewei dan Dr Wong & Dato Dr Siva…

“Dia pun guna E0S Imaging low radiation Scanning ..We had a lovely chat.. insyaAllah abang akan buat kepvtusan, cepat sembuh, sembvh dan kembali sihat…”. Itu coret Sarimah.

Pastinya ada bibit-bibit harapan buat Zamani, ramai yang mendoakan agar dipermudahkan urusan buat Sarimah dan Zamani menjalani rawaatan untuk kembali s1hat. Apa pun sama-sama kita doakan.

Terdahulu Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, ada mendedahkan kepada media tentang masalah kesihatan hingga fizikalnya jadi kvrus dan membengkok kerana masalah tulang belakang.

Kini sudah ke pangkal jalan, tanpa berselindung, Zamani juga pernah mendedahkan di media bahawa dia mengakui kesan salah guna d4dah suatu ketika dulu menyebabkan tulangnya membengkok.


Seperti harapan Zamani sendiri, moga janganlah ada pandangan negatif daripada orang ramai terhadap nasib dan fizikalnya itu. Semua dalam kalangan kita memang tak sunyi daripada melakukan kesilapan.

Doakan yang baik-baik sudah. Moga ada cahaya dan diberikan kesembuhan buat Zamani, mana tahu dengan doa dan sokongan orang ramai selain rakan-rakan dalam kalangan artis sendiri, dimakbulkan.

Sumber : IG Sarimah Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!