“Jgn sampai terisap jari daddy ye nak” – Shuib

Cahaya mata bongsu buat pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan allahyarham Siti Sarah Raisuddin mencuri tumpuan netizen sejak akhir-akhir ini. Nama yang diberi juga cukup indah iaitu Ayash Affan. Kehadiran Ayash Affan memberi kebahagiaan buat Shuib sekeluarga selepas pemergiaan arwh Siti Sarah. Sebelum ini, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan kehilangan penyanyi tersohor ini disebabkan oleh wabak cvd.

Ayash Affan memberi sinar baru dan sekaligus menjadi kesayangan ramai. Meskipun umur Ayash baru menginjak beberapa hari, anak comel itu sentiasa menjadi perhatian media dan netizen.

Shuib sering berkongsi foto dan video Ayash menerusi laman Instagramnya. Setiap kali memuatnaik foto dan video anaknya, pasti ramai netizen membanjiri ruangan komen dengan mendoakan kesejahteraan buat Ayash.

Terbaru, Shuib memuatnaik foto Ayash memegang ibu jari baanya sambil ralit minum air susu. Cukup manja Ayash dengan bapanya dan ramai netizen akui, wajah Ayash sama seperti Shuib.

Foto Ayash menjadi tumpuan sekali lagi dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen serta rakan-rakan artis. Benar, kehadiran Ayash adalah pengubat rindu Shuib terhadap arwh isterinya.

Tidak kurang juga, ramai mendoakan agar Ayash bakal menjadi anak yang soleh dan bijak suatu hari nanti.

“SubhanaAllah semoga jd anak yg baik ye, penyejuk hati pengubat rindu daddy dekat arwh ibunya”- Netizen

Semoga Ayash membesar jadi anak yang taat pada orang tua ye, tak sabar nak tengok Ayash membesar mesti comel..

Sumber: Instagram shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*