“Semua benda nak papa dia, manja sgtlah dgn papa dia” – Elly Mazlein

Sebut saja pasal anak, mesti sudah terlintas di kepala dengan gaya serta telatah manja mereka. Kanak-kanak biasanya sukakan perhatian dan belaian manja dari ibu bapa. Sebab itu, anak-anak ni ada bermacam ragam dan perangai. Kadang-kadang, rasa rimas pun ada tapi apakan daya, disebabkan sayang, terpaksa merelakan hati untuk melayan kerenah mereka itu yang kadangkala menyakitkan kepala.

Anak selalunya pandai memilih nak manja dengan siapa, antara ibu atau ayah. Selalunya kalau ibu tu garang, takut sikitlah anak nak bermanja. Atau mungkin si ayah ni memang sangat suka melayan kehendak si anak, maka setiap saatlah si anak akan berkepit dengan ayahnya.

Kejadian yang sama turut berlaku kepada penyanyi serta pelakon terkenal Elly Mazlein, atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Lina Pom Pom. Anak sulung perempuan Kak Lina tu memang manja sangat dengan ayahnya.

Walaupun hakikatnya anak sulung Kak Lina ni yang bernama Puteri Sara Sefhia bukanlah anak kandung kepada suami Kak Lina yang terkini, iaitu Azlan, namun itu sedikitpun tidak menjadi penghalang kepada keakraban dua beranak ini.

Sara merupakan hasil perkongsian hidup antara Kak Lina dengan bekas suaminya yang terdahulu, Azmi. Dan kini, Kak Lina hidup bahagia disamping suami tercinta yang juga merupakan seorang guru geografi, Azlan.

Sara ni nampaknya manja dengan ayahnya seperti yang diakui oleh Kak Lina sendiri menerusi ruangan caption foto perkongsian Kak Lina melalui akaun Instagramnya.

Azlan juga akur dengan permintaan anak mereka ini untuk menghantarnya ke sekolah tanpa sebarang bantahan. Siapa saja yang sanggup membantah permintaan anak kan? Nanti merajuk, susah Azlan nak pujuk tau.

Comel je dua beranak ni min nampak berpegangan tangan sambil menuruni anak-anak tangga. Di tangan Azlan jelas kelihatan buku serta barang-barang sekolah Sara. Agak-agaknya, apa topik dua beranak ni?

Foto manis dua beranak yang sedang berpegangan tangan ni berjaya memikat hati para netizen. Banyak hati yang cair melihat keakraban serta ikatan antara kedua anak beranak ini.

Walaupun foto ini baru dikongsikan pada 6 jam yang lepas, namun sudah berjaya mendapat sebanyak 23,301 likes dan 84 komen daripada para followers Kak Lina.

Rakan-rakan artis yang lain seperti Almy Nadia juga turut serta dalam memeriahkan lagi ruangan komen postingan Kak Lina ini. Rata-rata warganet memberi komen yang positif buat keluarga kecil ini.

Namun yang mencuit hati para netizen ialah gaya dandanan rambut Sara. Rajin benar Kak Lina ikat rambut Sara dengan style begitu ya.

Rasa-rasanya, berapa jam Kak Lina luangkan masa demi memenuhi permintaan Sara nak rambut gitu ya? Kihkihkih.

Elly Mazlein yang sedang menunggu detik kelahiran anak keduanya, tetap bergiat aktif dalam bidang lakonan. Baru-baru ini, filem Hntu Ke Lima yang turut dibintangi oleh Kak Lina dan pelakon lain seperti Izzue Islam akan disiarkan di Astro First saluran 480. Selain itu, Kak Lina juga sering menggunakan akaun Instagramnya untuk mempromosikan produk-produk jualannya.

Sebelum ini, Kak Lina pernah dimasukkan ke dalam hspital gara-gara contr4ctions yang dialaminya seperti dah tiba masanya nak bersalin. Rupa-rupanya, itu hanyalah contractions dan selang beberapa hari, Kak Lina dah pulang ke rumah.

Nakal baby Kak Lina dalam perut ibu ye, buat ibu kelam kabut je. Hehehe..Semoga Kak Lina berada dalam keadaan yang sihat bersama bayi dalam kandungan. Mesti comel anak Kak Lina yang kedua ni kan.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!