“Amboi yang pompuan sorang tu boleh tahan”- Netizen

Siapa saja tak mengenali angkasawan negara yang bernama Dr Sheikh Muszaphar. Sudah semestinya semua rakyat Malaysia cukup mengenali beliau. Mana taknya, beliau merupakan seorang dan rakyat Malaysia yang pertama berlepas ke angkasa lepas. Boleh dikatakan di pasti ada subjek mata pelajaran di sekolah yang menyebut tentang beliau ni.

Yang paling menarik tentang keluarga beliau ni adalah, beliau mempunyai dua pasangan anak kembar. Wah, bukan sepasang kembar je tau, malah dua pasang. Teruja betul lah dengan family beliau ni. Jarang ada dua pasang kembar ni.

Pasangan kembar pertama iailah kedua-duanya lelaki, manakala pasangan kembar kedua pula adalah kembar lelaki perempuan. Yang pertama iaitu Noah dan Adam, manakala kembar kedua pula bernama Emelia dan Eusoff.

Ada dimuat naik video mereka berempat yang sedang seronok bermain indoor toddler climbing, haa dah nama pun ayah angkasawan, mestilah permainan yang diberikan kepada anak-anak merupakan permainan merupakan fizikal.

Seronok sangat tengok mereka berempat tu tengah main, yang paling hero nya dekat situ mestilah Noah dan Adam, sebab mereka dah besar kan, yang lagi dua tu masih kecil, tak dapat panjat sampai atas. Tapi, siapa kata umur adalah penghalang ?

Tapi, tak lama kemudian,siapa sangka si kecil comel perempuan Emelia tu slow-slow je panjat, boleh dikatakan tinggi jugak eh, terkejut kita, sedar-sedar dah nak sampai atas dah Emelia tu, laju betul. Tengok-tengok dah ada dekat atas sekali.

Ingatkan abang-abang je yang berani panjat, rupanya si adik pun sama hebat ye. Bak kata netizen, dah nampak dah aura jadi angkasawan negara juga lepas ni. Ikut jejak daddy dia lah katakan, hebat betul ya Emelia ni.

Boleh tahan juga eh Emelia ni, tak tak0t langsung. Mesti dah biasa panjat tinggi-tinggi macam ni, sebabtulah dia tak takut langsung kan. Dah boleh hebat macam Adam dan Noah juga eh si kecil comel tu. Hebat bakal angkasawati kita ni.

Tapi, tak dapat dinafikan bahawa mempunyai anak-anak kembar ni seronok juga kan. Mereka ada kawan sebaya untuk membuat segala aktiviti di rumah, ada geng lah katakana. Nak pula macam Dr Sheikh Muszaphar ni ada dua pasang kembar, best sangat tengok.

Sumber : Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!