“Mesti akak tu pelik, bila pulak aku jadi mak dia” – Netizen

Semua di antara kita, sudah semestinya mempunyai moment yang sangat lucu pernah terjadi.Kalau teringat dekat moment tersebut, mesti terbahak dibuatnya kan, ketawa tak berhenti dek kerana kengangan tersebut. Kita yang dengar cerita mereka tu pun akan turut terhibur walaupun tak terjadi dekat kita semua pun. Betul tak ?

Kalini, kita yang cerita pasal moment lucu Adira Suhaimi yang terjadi kepada beliau. Moment ketika mana beliau yang meuju ke airport. Sampai di tempat untuk mengambil tetamu tu, terus beliau lambai kepada orang yang ingin ditemui nya.

Beliau yang mahu menjemput ibu kesayangan nya, terus dilambai nya kepada ibunya dari jauh. Tapi,kelihatan sangat pelik dek kerana gerangan yang disangka nya ibu tersebut seolah tidak membalas lambaian nya.

Aik, kenapa tak balas eh ? Tak happy ke jumpa anak kesayangan nya tu ? Bila dijalan sikit depan lagi,barulah beliau sedar bahawa ibunya berada di tempat menunggu yang agak kehadapan, bermakna yang di belakang tadi tu, bukanlah ibunya.

Terbahak-bahak dibuatnya, patutlah aunty tadi tu tak buat muka pelik bila Adira lambai dia, dahla siap jerit panggil ibu lagi tau. Tapi, rupanya salah orang. Adoi lah Adira, buat malu jelah ,kelakar betul perangai nya. Pelik aunty tu tengok Adira.

Bak kata Adira, mana lah tak confuse, dah gaya aunty tersebut dengan ibunya hampir sama, yang paling kelakar nya, tudung pun sama. Alahai, macam mana lah boleh tersama vibes ni aunty aunty sekalian oi. Patutlah anaknya confuse.

Tapi, memang tak dapat dinafikan, kadang tu vibes aunty ni semua nya nak dekat sama je kan. Cara pemakaian mereka, dan cara jalan mereka. Boleh dikatakan sama je kan, comel betul aunty semua ni kan. Perangai pun sama kadang tu.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat Adira tu, bak kata mereka, confident tu beli dekat Shoopee time shocking sale ke ? Adoi lah, terbahak-bahak gelak baca komen dari para netizen tu, kelakar betul mereka semua ni.

Korang pernah tak tersalah macam Adira tu ? Mesti kelakar kan mereka yang pernah lalui perkara yang sama sebegitu, nasib baiklah hanya lambai, cuba kalau dipel0knya aunty tersebut dek kerana ingat tu ibunya, lagilah kelakar dibuatnya.

Sumber : Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!