“Aku ngaku aku b0doh, aku terima hakikat tu” – Micheal Ang

Apabila sudah lama duduk di rumah dalam tempoh yang lama, pasti ada perkara yang kita akan terlupa dalam melakukan sesuatu. Itu adalah perkara biasa kerana apabila kita sudah berada di dalam rumah untuk jangka masa yang lama, kita akan terlupa beberapa perkara yang kita pernah lakukan sebelum cvd melanda seluruh dunia.

Begitu jugalah yang dirasakan pengarah drama tempatan, Micheal Ang. Beliau merasakan impak cvd ini sangat terkesan kepada rutin harian segelintir individu termasuklah beliau sendiri. Mana kan tidaknya, ada yang terjejas dari segi kewangan, cara hidup dan sebagainya.

Beliau juga merasakan impak terkuru.ng dalam rumah terlalu lama telah sedikit sebanyak membuat beliau terlupa beberapa perkara. Baru-baru ini, beliau mengongsikan satu kejadian yang terjadi kepada beliau yang terlupa tentang kad ATM beliau.

Di dalam video tersebut, Micheal menceritakan bahawa beliau fikirkan kad bank beliau telah hiilang ketika beliau hendak mengeluarkan wang melalui ATM. Beliau telah cuba mencari kad tersebut di rumahnya namun tidak dijumpainya.

Maka beliau pergi ke bank untuk membuat kad baru dan ketika pegawai bank itu memberikan kad baharu, beliau sedari bahawa corak pada kad baru itu serupa dengan kad kredit milik beliau.

Rupa-rupanya kad kredit itu telah disalaherti oleh Micheal dan kad kredit itu sebenarnya adalah kad bank ATM beliau yang selama ini beliau terlupa coraknya.

Beliau berkata bahawa beliau terlupa akan corak pada kad itu kerana sudah lama tidak pergi ke ATM mengeluarkan wang dan selalunya akan memindahkan wang kepada pembantu peribadinya untuk membantu beliau mengeluarkan wangnya.

Beliau mengatakan di kapsyen beliau bahawa beliau agak ‘b0doh’ akan perkara ini dan menerima hakikat itu. Netizen juga agak terhibur dengan kecuaian Micheal itu dan mengatakan barangkali sudah lama duduk dirumah sehingga terlupa sesuatu perkara.

Ia adalah perkara yang normal berlaku pada seseorang. Sikap terlupa itu sering terjadi jika kita sudah tidak menjadikan ia suatu perkara yang biasa dilakukan dalam rutin harian kita.

Dalam perkembangan terbaru beliau, beliau telah berkerjasama menerbitkan sebuah drama baru berjudul The Hotel lakonan Mira Filzah, MK K-Clique, dan ramai lagi. Drama tersebut akan ditayangkan 15 September ini di Astro Ria atau Astro Go.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*