“Korek duit ASB tukar kereta jadi van jenaazah, dari 1 van tup2 naik 4 terus” – Noorkhiriah

Sudah hampir setahun lebih usia Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang diusahakan oleh pelakon Noorkhiriah bersama suaminya Azfaizul Ahtan. Mengenang kembali detik permulaan usaha amal yang ingin di lakukan oleh beliau dan suaminya itu ketika PKP fasa pertama dahulu, pelakon drama siri popular Nur itu berkata sehingga kini semuanya masih terasa seperti mimpi.

Permulaan pertubuhan amal tersebut bermula hanyalah daripada perbualan ringkas beliau bersama suaminya.  Namun hasil daripada perbualan berkenaan kemudianya menjadi serius apabila pasangan itu bertekad untuk mengeluarkan duit Amanah Saham Bumiputera mereka bagi tujuan menukarkan kenderaan peribadi milik mereka menjadi van jenaazah.

Badan amal yang ditubuhkan oleh Noorkhiriah itu bertujuan memberikan bantuan pengurusan jenaazah secara percuma kepada masyarakat. Pasangan itu bermula dengan hanya satu van jenaazah yang pada awalnya adalah kenderaan peribadi pelbagai guna milik beliau dan suaminya.

Namun kini sudah mempunyai 4 van untuk tujuan pengurusan jenaazah. 2 daripada van tersebut adalah hasil infak daripada orang ramai.

Menerusi muatnaik terkini Noorkhiriah di instagram, beliau berkongsi semula kenangan bermulanya pertubuhan amal tersebut bersama para pengikut akaun Instagram peribadi milik beliau.

Noorkhiriah atau nama sebenar beliau Noorkhiriah Ahmad Shapie menjelaskan lagi, beliau tidak menolak pada awalnya beliau juga mempunyai perasaan gusar dan bimbang untuk menggerakkan pertubuhan amal tersebut memandangkan perkhidmatan van jenaazah itu disediakan oleh beliau dan suami secara percuma.

Muncul kerisauan apabila memikirkan mengenai bayaran penyelenggaraan kenderaan, minyak dan juga tambang tol. Apatah lagi perkhidmatan yang diberikan pula adalah merangkumi perkhidmatan menguruskan jenaazah bermula daripada kain kafan, sehinggalah di bawa ke tanah perkuburan secara percuma.

Namun suaminya memberikan keyakinan dan percaya sekiranya tujuan mereka adalah demi kebaikan maka pasti Allah akan aturkan jalan.

Noorkhiriah bersyukur kerana niat murni beliau dan suaminya sentiasa dipermudahkan malahan ibu kepada dua orang anak itu berkata rezeki beliau dan suaminya semakin melimpah ruah apabila pertubuhan amal yang di tubuhkan itu juga tidak putus – putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak.

Rata-rata netizen mengagumi usaha murni yang ditunjukkan oleh pelakon wanita tersebut dan suaminya itu. Netizen mengucapkan tahniah kerana sebagai pelakon yang dikenali, Noorkhiriah telah berjaya menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada msyarakat.

Netizen juga mendoakan agar pasangan ini diberikan ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan oleh mereka. Berikut dikongsikan komen- komen netizen terhadap pasangan ini.

“Semoga dipanjangkan umur dgn segala kebaikan. Dilimpahkan rezeki dgn segala keberkatan. Diberikan kesihatan yg berpanjangan. Serta berbahagia bersama keluarga hingga ke Jannah. Aamiin YRA “ – Netizen

“Ya Allah tumpang gembira buat akk.. sesungguhnya bruntung kak dpt buat amal cmni..byk gnjaran ny dr Allah. pasti ramai yg mndoakn kebaikkn utk akk skeluarga.smoge dimudahkn sgalenya buat akk skeluarga dunia akhirat aaminnn” – Netizen

“Orang baik pasti di balas kebaikan. Allah dah janji akan balas hambanya yang tolong agama Allah. Semoga kak khiriah di rezekikan khalimah Lailahillah di akhir kalam. Masuk syurga tanpa hisab. Aamiin” – Amar Asyraf

Kongsi pelakon itu lagi di Instagram, beliau hanya mengharapkan orang ramai agar terus mendoakan usaha beliau dan suaminya itu supaya terus diberikan kemudahan agar dapat membantu lebih ramai lagi orang di masa akan datang tidak kira usia mahupun pangkat.

Sumber: ig khiriah17

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!