“Kagum dgn hubungan diorg, sekuat mana pun dugaan tetap bersama”- Netizen

Setiap orang tidak terlepas daripada berhadapan dengan dugaan dan ujian dalam kehidupan. Buat pemilik nama Bella Astillah atau nama sebenar beliau Dayang Nabellah Awang Astillah, beliau dan suaminya Aliff Aziz pernah bercrai talak satu pada bulan Mei 2019. Mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku cuurang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan crai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac 2019 setelah suaminya itu beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain. Walaubagaimanapun pasangan ini kembali rujuk semula pada Julai 2019.

Bella sekali lagi diuji apabila negara berhadapan dengan pandemik Covid19 dan beliau mengharungi tempoh kehamilan anak keduanya seorang diri apabila Aliff Aziz masih berada di Singapura ketika sempadan negara di tutup.

Bella juga reda apabila terpaksa memasuki dewan bersalin sendirian tanpa ditemani suami tersayang. Bella telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 17 Julai tahun lalu.

Sebagai rekod, Bella dan Aliff telah berkahwin pada 9 September 2016 dan sehingga kini perkahwinan mereka berdua dikurniakan dua orang anak, iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Pergolakan rumahtangga pasangan ini suatu masa dulu bukan lagi rahsia namun ternyata jodoh antara mereka masih lagi kuat.

Bersempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima, Bella menerusi hantaran terkini di Instagram telah berkongsikan satu video yang mengimbau kembali detik perkenalan beliau bersama suaminya sekitar tahun 2012 sehinggalah mereka telah mempunyai dua orang anak.

Bella juga berkongsi rasa hatinya menerusi video berkenaan dengan memanjatkan kesyukuran kerana pernikahan beliau dan Alif masih lagi utuh.

Banyak yang telahpun mereka berdua tempuhi dan Bella berdoa supaya mereka berdua akan dapat melalui apa jua cabaran di masa akan datang bersama dengan kedua- dua anak mereka di sisi.

Aliff juga kini sedang mencuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan perlahan-lahan. Malahan sepanjang tempoh sempadan tidak dapat dibuka tahun lalu, Aliff tak lupa tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Bella juga gembira dengan perubahan Aliff ketika ini dan akan terus mendoakan dan memberi sokongan 100 peratus kepada suaminya itu.

Ruangan komen di entri berkenaan di hujani ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan. Rakan- rakan artis juga turut mendoakan yang terbaik untuk Bella dan Aliff. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah Aliff dan Bella. Kemanisan rumahtangga pasangan ini juga semakin menyerlah dengan kehadiran sepasang anak mereka.

Alhamdulillah siapa sangka Aliff Aziz akan berubah. Hanya Bella yang yakin kepada suaminya itu. Akhirnya berkat doa dan keyakinan hati seorang isteri, akhirnya Aliff berubah juga. Kagum dengan pasangan ni.

Sumber : ig bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!