“Ada iras Jebat Jayden masa kecil” – Netizen

Bekas pengacara rancangan popular Meletop dan usahawan tersohor Noor Neelofa sering di asak dengan pertanyaan mengenai anak sulung beliau Muhammad Bilal. Meskipun sudah beberapa kali menegaskan mengenai pendirian untuk memohon sedikit waktu sebelum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya itu, namun sehingga kini beliau masih lagi menerima persoalan yang sama daripada netizen.

Neelofa berkata beliau hanya memohon sedikit lagi waktu untuk berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal meskipun terdapat segelintir pihak yang menjadikan isu peny4kit ‘Ain sebagai bahan gurauan di media sosial.

Muhammad Bilal kini hampir memasuki usia 6 bulan. Menurut Neelofa walaupun alasan yang di berikan beliau untuk mengelak peny4kit ‘Ain di permainkan oleh sesetengah pihak namun sebagai ibu, beliau hanya mahukan yang terbaik untuk permata hatinya itu.

Apa yang lebih penting adalah menjaga kesihatan anaknya dan memastikan Bilal dapat membesar dalam persekitaran yang baik.

Mengulas lanjut mengenai perancangan beliau terhadap anaknya itu, Neelofa berkata beliau juga sepertimana juga ibu yang lain mahu melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram peminat Neelofa, satu video yang memaparkan Bilal penyekkan makanan telahpun di kongsikan. Lebih menarik perhatian apabila wajah Bilal hampir di dedahkan di dalam video tersebut.

Kongsi Neelofa lagi, beliau tidak berniat untuk menyorok anaknya daripada tontonan umum melainkan hanya menunggu waktu yang sesuai untuk mendedahkan wajah Bilal supaya anaknya lebih kuat.

Bagaimanapun, Neelofa berterima kasih kepada pihak tertentu termasuk selebriti yang bersetuju dengan tindakannya tidak mendedahkan wajah Bilal meskipun ada yang mengencam.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen berkata mereka merasakan bahawa wajah Bilal pastinya mirip sekali dengan wajah sepupunya Jebat Jayden. Rambut Bilal yang berwarna perang dan kulitnya yang putih kemerahan juga menjadi sorotan di dalam video berkenaan.

Perkongsian video tersebut membuatkan para Netizen sedikit sebanyak sudah boleh membayangkan wajah Bilal. Berikut merupakan antara komen – komen yang di tulis oleh netizen.

Mungkin sudah tiba masa Neelofa untuk berkongsi wajah Bilal di media sosial pula kerana anaknya itu bakal menginjak usia 6 Bulan tidak lama lagi. Jiika di ikutkan, sebelum ini Neelofa sudah pernah membawa anaknya Bilal bersiar- siar di dalam kereta sorong bayi di luar.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!