“Roti canai tu dh mcm sepender k0yak dah haha” – Netizen

Di kala kemerosotan ekonomi, ramai di antara kita yang mengeluh kerana terpksa menghadapi kenaikan harga barang mendadak. Kriisis ekonomi yang berlaku ini juga memberi kesan kepada anak-anak muda yang sedang mencari bekerja ekoran peluang pekerjaan sangat terhad. Jika lihat di sekeliling kita, ada juga sebahagian individu yang terpaksa membuat dua pekerjaan dalam satu masa untuk menampung keperluan hidup.

Bercerita tentang pekerjaan, sesiapa pun boleh mencuba pelbagai jenis kerja pada ketika ini. Tidak terkecuali, penyanyi Elizabeth Tan pun dah mencuba nasib untuk bekerja di restoran mamak terkemuka.

Namun ia hanyalah sekadar di sebalik tabir penggambaran bagi mempromosikan restoran mamak terkemuka itu sahaja. Elizabeth Tan atau mesra dengan panggilan Lizzy ini dijemput untuk berlakon sebagai pekerja restoran mamak bagi tujuan mempromosikan restoran tersebut.

Melihat gelagat Lizzy dalam video yang dikongsinya itu memang melucukan. Bayangkan Lizzy pertama kalinya membuat air teh tarik, menebar roti dan memotong ayam tandoori. Haru-biru dibuatnya.

Malah video tersebut yang dimuatnaik oleh Lizzy itu juga menghiburkan netizen selepas melihat Lizzy ‘bekerja’ di restoran mamak. Jarang sekali ya di restoran mamak ada pekerja perempuan, mungkin Lizzy orang yang pertama hehe..

Sementara itu, video Lizzy berjaya mencuri perhatian netizen sehingga ditonton sebanyak 113,000 tontonan dan 100 komen.

Lebih menjadi perhatian apabila part Lizzy menebar roti canai. Memang kalut habis. Bukan mudah sebenarnya untuk tebar roti canai kan.

Rata-rata netizen sempat mengusik Lizzy menerusi ruangan komen lebih-lebih lagi apabila mereka terhibur melihat Lizzy fail tebar roti canai. Sampai Terkoyak teruk doh roti canai tu hehehe…

Tak mengapa Lizzy, percubaan yang baik. Sekurang-kurangnya Lizzy ada pengalaman buat air teh tarik dengan tebar roti canai. Bukan senang tu..

Comel je Lizzy jadi pekerja restoran mamak. Kalau Lizzy ada dekat situ, confirm penuh restoran mamak tu..

Sumber: Instagram elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!