“Sedapnya suara Zara Zya”- Netizen

Ramai mengenali selebriti Zara Zya dengan kehebatan beliau yang pandai berlakon. Banyak drama tempatan yang menjadikan Zara sebagai watak utama dan dirisik banyak pihak produksi. Walaupun Zara kini sudah bertudung sepenuhnya, beliau masih lagi berlakon dan drama terbarunya iaitu Risik Pada Hati berjaya menarik perhatian ramai penonton sehingga menjadi trending di laman sosial media.

Melihat drama tempatan yang mempunyai barisan pelakon hebat seperti Zara, pasti drama tersebut menjadi sebutan hangat netizen dan berjaya memberi emosi kepada penonton sendiri.

Di sebalik kehebatan Zara berlakon, siapa sangka pelakon cantik ini juga mempunyai bakat yang tersembunyi. Zara rupanya pandai bernyanyi dan bakal mengeluarkan single terbaru tidak lama lagi.

Ramai tidak menyangka Zara rupanya memiliki bakat terpendam. Kebiasaannya kita melihat Zara berlakon di dalam drama sahaja.

Menerusi instagram pelakon Wanns Ahmad, beliau berkongsi video di sebalik tabir Zara sedang berlatih bernyanyi di studio rakaman. Kedengaran suara Zara menerusi video yang dikongsi itu.

Malah Wanns Ahmad menerusi kapsyen menyatakan, vokal telah dimasukkan dalam lagu terbaru Zara dan masih dalam progres.

Netizen yang melihat posting berkenaan turut menyatakan perasaan teruja dan tidak sabar untuk mendengar single terbaru Zara memandangkan Zara pertama kalinya bernyanyi.

Sementara itu, video yang dimuatnaik Wanns Ahmad telah ditonton sehingga 85,000 tontonan dan komen-komen daripada netizen.

Tahniah buat Zara untuk single lagu terbaru beliau. Mesti ramai tak sabar nak dengar suara Zara yang merdu. Hebat berlakon, hebat juga bernyanyi Zara ni.

Baru dengar suara Zara menyanyi sikit dah meremang. Betul-betul merdu suara Zara rupanya. Selama ni tahu dia pandai berlakon aje..

Sumber: Instagram wannsahmad official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!