“Abby masa muda memang seiras sangat dgn Erra” – Netizen

Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang peragawati, pelakon, penyanyi, pengacara, penerbit dan bekas ratu cantik Malaysia. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Rawang Selangor dan memulakan kerjaya seni seawal usia 17 tahun dengan menjadi penyanyi di pertunjukan pentas dibawah bimbingan rakan ibunya iaitu penyanyi yang bernama Dayangku Intan.

Dari situ Erra diberi peluang muncul di kaca televisyen buat pertama kali pada tahun 1991 untuk mengacarakan program hari raya bersama artis-artis veteran iaitu Variasi Aidilfitri. Bagaimanapun namanya mula menjadi sebutan pada 1992 setelah menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia dan memenangi gelaran tersebut.

Setelah itu beliau mula diintai ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan kaca televisyen. Pada tahun 1993, Erra dipilih untuk membintangi filem arahan  Datuk Yusuf Haslam berjudul Sembilu di samping pelakon dan penyanyi popular Dato Awie dan Ziana Zain.

Erra juga menerima jolokan Primadona Filem Melayu apabila deretan filem-filem lakonannya selepas itu turut mencatat kejayaan, suatu pencapaian yang sukar dicapai oleh mana-mana aktres tempatan selepasnya.

Meskipun dunia lakonan kini di banjiri dengan wajah- wajah pelakon baru, namun nama Erra Fazira tetap melekat di hati para peminat sebagai seorang Primadona Filem Melayu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram peminat Erra Fazira iaitu erraafazira1,  gambar Erra bersama Abby Abadi telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Antara beberapa filem melayu lakonan Erra yang berjaya menambat hati para peminat ialah filem Pasrah yang menampilkan beliau dan juga Norman Hakim sebagai peneraju utama. Tidak ketinggalan pelakon wanita Abby Abadi yang turut berlakon di dalam filem tersebut sebagai adik kepada Erra Fazira.

Filem berkenaan telah di terbitkan pada tahun 2000 dan telah hampir 22 tahun berlalu namun para peminat masih mengingati dengan baik karakter dan juga jalan cerita filem tersebut.

Perkongsian gambar berkenaan menggamit kembali kenangan lakonan mereka berdua menerusi filem Pasrah yang rata- ratanya masih di ingati oleh para peminat.

Para peminat juga berkata lakonan Abby Abadi sebagai adik kepada Erra Fazira di dalam filem tersebut juga bersesuaian kerana mereka berdua mempunyai wajah yang hampir seiras. Malahan peminat juga berkata mata dan senyuman mereka berdua hampir sama.

Seiring dengan peningkatan usia, kini kedua- duanya sudah mengurangkan kerjaya lakonan untuk memberi perhatian terhadap keluarga masing – masing.

Kali terakhir melihat pasangan ini bergandingan adalah menerusi drama Gerak Khas. Pastinya ramai peminat yang merindui lakonan mereka berdua.

Sumber: ig erraafazira1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!