“Banyak gaya Ummi ni” – Netizen

Noor Neelofa Mohd Noor ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita di Malaysia.Pengacara Next to Neelofa ini telah menamatkan zaman bujang dengan seorang pendakwah bebas iaitu Muhammad Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan itu kemudiannya menimang cahaya mata pertama mereka pada 29 Januari yang lalu. Menyingkap kehidupan peribadi Neelofa sememangnya tidak puutus menjadi perhatian netizen sejak awal pembabitan beliau dalam dunia seni.

Sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu. Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil kepuutusan untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya ketika itu.

Namun begitu, satu perkongsian yang tular di media sosial cukup membuatkan usahawan terkenal berkenaan merasa sangat kecewa kerana wajah anaknya Muhammad Bilal telah di dedahkan oleh seorang individu di media sosial tanpa kebenaran beliau.

Bagaimanapun ekoran insiden berkenaan, setelah sekian lama pengacara berkenaan memegang pendirian untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya, Neelofa akhirnya berkongsi foto serta rakaman video cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris kepada umum menerusi Instagram beliau.

Pejam celik, hanya beberapa hari sahaja lagi, buah hati sulung pengacara dan usahawan itu akan menginjak usia 1 tahun.

Buat para peminat yang senantiasa mengikuti perkembangan kanak- kanak itu, mereka merasa terharu melihat Muhammad Bilal membesar dengan baik dan melalui fasa- fasa perkembangan normal kanak- kanak yang sebaya dengannya.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram peminat Neelofa, para peminat dapat melepaskan rindu terhadap si comel itu apabila satu video terbaru Bilal berjalan di halaman rumah keluarganya telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Gelagat comel Bilal yang berjalan itu membuatkan para peminat merasa geram. Apatah lagi gaya dan cara Bilal lebih menyerupai Umminya sendiri.

Neelofa sebelum ini juga berkongsi beberapa video Bilal yang sudah boleh bertatih sejak usianya 10 bulan. Kini berusia hampir setahun kanak- kanak berkenaan juga sudah mampu berjalan dengan laju tanpa bimbingan.

Peminat juga cukup teruja dapat menjadi saksi sebahagian perjalanan kehidupan Bilal daripada bayi sehinggalah berusia 1 tahun. Jom kita baca komen netizen di bawah.

Di satu perkongsian sebelum ini, satu video Bilal sedang bermain di satu taman permainan indoor juga pernah di kongsikan memperlihatkan gelagat Bilal yang langsung tidak takut dengan sekeliling dan berani untuk mencuba pelbagai mainan yang di sediakan di situ.

Walaupun masih belum boleh bertutur namun mulut Bilal yang bising juga mencuri hati peminat memandangkan ibunya merupakan seorang pengacara dan bapanya seorang pendakwah, tidak mustahil kanak- kanak itu akan membesar menjadi seorang yang ‘banyak cakap’ dan peramah.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!