“Wah Fasha dh anak tiga badan masih bergetah ye”-Netizen

Sebagai selebriti, sudah tentu tubuh sentiasa memerluukan perhatian dan dijaga dengan baik. Pemakanan yang sihat dan aktiviti sukan wajib diamalkan bagi memastikan tubuh kekal ramping. Tidak dinafikan, lebih-lebih lagi selebriti wanita yang sentiasa kelihatan cantik demi kerjaya mereka sebagai pelakon mahupun penyanyi. Penampilan pun kena jaga tau, begitulah kehidupan bergelar seorang selebriti.

Seperti Fasha Sandha, beliau kerap berkongsi aktiviti hariannya yang sering aktif bersenam menerusi laman Instagram. Fasha cukup menitik beratkan kesihatannya memandangkan umur juga semakin meningkat.

Meskipun Fasha sudah bergelar ibu, tubuh beliau kekal ramping dan cantik. Tengoklah Fasha, awet muda sepanjang masa tau.

Jika lihat Fasha sentiasa menerima tawaran berlakon walaupun sibuk dengan rutin menjaga anak-anaknya. Sehingga kini, Fasha juga sering menjadi pilihan ramai pihak produksi.

Baru-baru ini, Fasha berkongsi video yang menunjukkan beliau sedang bersenam sambil ditemani salah seorang anaknya, Aisha.

Melihat video berkenaan, gelagat Aisha telah mencuri perhatian netizen dan rata-rata netizen melihat Fasha bersama Aisha seakan-akan seperti kakak dan adik kecil.

Comel sangat melihat gelagat dua beranak ini. Memang nampak rapat hubungan Fasha dan anak bongsunya.

Sementara itu, ramai netizen juga memuji tubuh Fasha yang seperti ‘bergetah’ dan kekal ramping.

Video Fasha telah mencapai 349,00 tontonan dan 14,000 tanda suka sejo dimuatnaik Selasa.

Sukanya tengok Fasha, cantik sepanjang masa. Pinggan pun macam kerengga, pandai jaga body. Kena minta tips dari Fasha ni hehe..

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!