“Tok Seriau tengok kakak mengendeng sebelah adik”

Penyanyi nombor 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dengan nama panggilan Tokti telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki sekitar bulan ramadhan yang lalu. Menurut Tokti nama yang diberikan untuk anak keduanya itu merupakan kesinambungan doa yang beliau ambil sewaktu memberikan nama untuk anak pertamanya Siti Aafiyah dahulu.

Oleh itu Tokti dan suaminya Datuk Khalid sepakat untuk memberikan nama Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan atau kemaafan.

Nama Tokti juga kembali menjadi sebutan apabila beliau berkongsi gambar terbaru yang menunjukkan penampilannya dimana terlihat sangat kuros dan ramping setelah melahirkan anak keduanya Afwa.

Tokti sudahpun selesai menjalani tempoh berpantang namun masih mengekalkan pemakanan yang sihat dan rutin bersauna dirumahnya.

Menerusi instagram yang diwujudkan oleh para peminat Tokti atas nama anak keduanya Afwa, sekeping gambar yang memaparkan nenda kepada Afwa sedang mendukung sicilik itu sambil ditemani Aafiyah telah dikongsikan.

Bagaimanapun wajah nenda Afwa yang kelihatan terkejut dengan gelagat Aafiyah sedang menyendeng di sebelah adiknya menarik perhatian peminat.

https://www.instagram.com/p/CQBft1tNhb5/?utm_medium=share_sheet

Para peminat gembira melihat kasih saying Aafiyah buat adiknya dan mendoakan agar Aafiyah menjadi seorang kakak yang baik dan sangat menyayangi adiknya kelak. Wajah terkini Afwa juga menarik perhatian kerana dilihat semakin tembam dan comel.

Ramai yang sedia maklum mengenai aktiviti berbasikal yang dilakukan oleh Tokti sebagai hobi. Atas saranan penyanyi nombor satu negara berkenaan untuk mengamalkan gaya kehidupan yang sihat, ramai yang turut menjadikan berbasikal sebagai hobi mereka.

Semoga k3s c0v1d di negara kita kembali menurun dan kita semua dapat kembali beriadah seperti sebelum ini.

Sumber : ig afwakhalid_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!