“You rasa, siapa punya ketiak lagi sedap?” – Nabil Mahir

Baru-baru ini berita mengenai kehamilan Ayda Jebat telah tular di media sosial setelah pasaangan berkenaan hampir 2 bulan mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun berkemungkinan besar di sebabkan usia kandungan yang masih lagi baru menyebabkan pasaangan tersebut mengambil langkah untuk berdiam diri dan masih belum bersedia untuk membuat sebarang pengumuman kepada para peminat mereka.

Setelah berkahwin, pasaangan ini juga tidak terlepas berdepan dengan beberapa kontr0versi apabila Ayda pernah mendedahkan sikap Nabil yang terlalu manja dan mahu sentiasa berkepit dengan dirinya. Video yang memaparkan adegan yang kurang manis turut mendapat perhatian netizen yang merasakan perbuatan mendedahkan perihal rumahtangga kepada khalayak sebagai tidak wajar.

Ayda meluahkan rasa kesyukuran beliau dengan kehidupan beliau sekarang yang telah bergelar seorang isteri kepada Nabil. Setelah berkahwin pasaangan ini juga telah menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk minuman dan kini sedang rancak mempromosikan produk minuman tersebut menerusi Instagram masing-masing.

Sejak berkahwin, Ayda juga sudah memperlahankan aktiviti seninya bagi memberikan lebih tumpuan buat keluarga. Para peminat yang merindui Ayda berkesempatan untuk melepaskan rindu melihat artis kesayangan mereka itu apabila Ayda memuatnaik sebuah video terbaru di Instagram mempromosikan program Check In Cinta yang menampilkan beliau dan suaminya Nabil Mahir.

Dalam program berkenaan Ayda berkata beliau dan suami akan menjawab beberapa soalan panas berkenaan hubungan mereka berdua setelah bergelar pasaangan suami isteri.

Rata-rata para peminat memuji layanan Nabil buat Ayda yang kelihatan sangat manis. Hubungan yang masih lagi dalam fasa bulan madu itu berjalan lancar dan pasaangan itu juga semakin bahagia bersama.

Bagaimanapun dalam rakaman program berkenaan Nabil juga turut berseloroh bertanya kembali kepada Ayda ketiak siapa yang lagi sedap apabila pasaangan itu ditanyakan isu berkenaan ciium ketiak. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen buat paasangan ini.

Berita mengenai kehamilan Ayda Jebat masih belum mendapat sebarang kesahihah daripada tuan empunya badan. Ayda Jebat sebelum ini pernah memberikan beberapa bayangan menerusi perkongsian di Twitter apabila mengucapkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan tuhan untuk dirinya sekitar awal Februari lalu.

Sebelum ini Nabil pernah berkongsi hasratnya ingin memiliki 13 orang anak kerana menggemari nombor tersebut.

Beliau dan Ayda sememangnya sukakan budak-budak dan Ayda juga tidak mempunyai masalah sekiranya dikurniakan zuriat segera. Mudah-mudahan impian Nabil bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sumber: ig ayda jebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!