“Jaga Jebat elok2 naa”, ucapan Sharnaaz buat Nabila buat netizen sebak

Akhirnya terjawab sudah segala teka teki yang berlegar mengenai hubungan Noor Nabila dan Engku Emran yang mencuri tumpuan media sejak beberapa minggu lalu. Pagi tadi selesai sudah majlis penikahan kedua-duanya yang berlangsung secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Sebagai rekod perkahwinan pasaangan ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat kedua-duanya.

Dalam beberapa minggu ini kecoh apabila hubungan antara kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa dan bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran dikatakan menjalinkan hubungan istimewa.

Pasaangan Nabila dan Engku Emran dikhabarkan juga telah mengikat tali pertunangan. Ketika diajukan pertanyaan buat Nabila, beliau tidak mengiya mahupun menafikan dakwaan tersebut namun hanya menjawab ringkas bahawa buat masa sekarang beliau tiada sebarang komen.

Nabila dan Engku Emran di katakan mulai rapat apabila kedua-duanya terlibat dalam aktiviti sukan berbasikal bersama-sama. Mereka berdua juga sering bertemu dan berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan berkenaan sehingga kerap berkongsi aktiviti berbasikal menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di Instagram.

Gosip hubungan antara mereka berdua tercetus apabila foto yang memperlihatkan kelibat Engku Emran di sebuah majlis usrah anjuran keluarga Nabila tular di media sosial. Sejak itu hubungan yang wujud antara kedua-duanya mula menjadi persoalan kepada para peminat.

Terkini menerusi Instagram story, Nabila telah memuatnaik beberapa video dan gambar sekitar majlis akad nikah tersebut. Para peminat juga turut mngalkan ucapan tahniah buat Nabila dan Engku Emran.

Tidak ketinggalan bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad turut memuatnaik sekeping gambar beliau di instagram bersama ucapan khas selamat pengantin baru buat bekas isterinya itu. Beliau turut menitipkan ucapan supaya Nabila dan Engku Emran menjaga anaknya Jebat sebaik mungkin.

Ucapan yang dimuatnaik oleh Sharnaaz itu terasa cukup sebak dan mengundang rasa sedih dalam kalangan para peminat dan pengikut akaun Instagram beliau. Jika di imbas kembali kisah pergolakan rumahtangga Sharnaaz dan Nabila dahulu, beliau sebolehnya mahu mempertahankan rumahtangganya bersama Nabila demi anaknya Jebat.

Usaha Sharnaaz untuk berdamai semula dengan Nabila turut mendapat perhatian dan sokongan para peminat yang memuji Sharnaaz sebagai seorang bapa penyayang. Peminat juga mendoakan agar pasaangan ini berbaik semula. Namun takdir sudah tertulis jodoh mereka berdua berdua tidak panjang.

Setelah Nabila bernikah dengan Engku Emran, para peminat turut mendoakan supaya giliran Sharnaaz pula agar cepat bertemu jodoh. Berikut dikongsikan beberapa komen peminat yang ditinggalkan di ruangan Instagram Sharnaaz.

“Semoga Sharnaz diberi jodoh yang terbaik nanti…amin” – Netizen

“Kami doakan mamu cepat2 bertemu jodoh dgn seorg isteri yg solehah..aamiin” – Netizen

“Moga Mamu jugak cepat2 berjodoh. Naa” – Netizen

“semoga awak pun jumpa jodoh y baik baik lpsni.” – Netizen

“semoga ditemukan jodoh yang jauh lebih baik “ – Netizen

“Salam Jumaat Mamu. Semoga mamu pun lekaih bertemu jodoh. No more waiting in vain” – Netizen

“mamu nmpk lg bhgia n bjaya bila single actually” – Netizen

“Baba jebat plak tguu next calon ,” – Netizen

Walaupun pasaangan ini sudah membawa haluan masing-masing namun tanggungjawab kepada Jebat masih ada. Amat penting Nabila dan Sharnaaz untuk mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain demi kebaikan Jebat. Mudah-mudahan pasaangan ini boleh contohi pasaangan Norman Hakim dan Abby Abadi. Semoga Sharnaaz juga cepat bertemu jodoh.

Sumber: Instagram sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!