“Mintak mummy mcm Dato Siti tu, high taste sungguh Jebat” – Netizen

Tular sejak semalam berita mengenai kisah pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran. Khabar angin mengenai hubungan pasaangan tersebut sebelum ini bertebaran apabila kelibat Engku Emran dilihat mengunjungi kediaman keluarga Nabila. Nabila dan Engku Emran di katakan mulai rapat apabila kedua-duanya terlibat dalam aktiviti sukan berbasikal bersama-sama. Mereka berdua juga sering bertemu dan berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan berkenaan sehingga kerap berkongsi aktiviti berbasikal menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di Instagram.

Majlis penikahan kedua-duanya telahpun berlangsung secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Sebagai rekod perkahwinan pasaangan ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat kedua-duanya.

Nabila telah memuatnaik beberapa video dan gambar sekitar majlis akad nikah tersebut memohon supaya para pengikut beliau juga mendoakan kebahagian dirinya.

Tidak ketinggalan bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad turut memuatnaik sekeping gambar beliau di instagram bersama ucapan khas selamat pengantin baru buat bekas isterinya itu. Beliau turut menitipkan ucapan supaya Nabila dan Engku Emran menjaga anaknya Jebat sebaik mungkin.

Sebelum ini para peminat mendoakan agar Sharnaaz dan Nabila berbaik semula. Namun takdir sudah tertulis jodoh mereka berdua berdua tidak panjang. Setelah Nabila bernikah dengan Engku Emran, para peminat turut mendoakan supaya Sharnaaz pula cepat bertemu jodoh.

Terkini menerusi Instagram, Sharnaaz berkongsi sebuah video bersama anaknya Jebat. Semasa melayani celoteh anaknya itu, secara kebetulan Jebat menunjuk gambar Tokti dan memanggil Tokti sebagai “Mummy”. Terkejut dengan aksi spontan Jebat, Sharnaaz secara berseloroh menegur anaknya.

Para peminat turut terhibur dengan celoteh dan gelagat Jebat yang memanggil Tokti sebagai Mummy. Netizen berkata Jebat seakan-akan memberikan bayangan bahawa beliau menginginkan bakal isteri babanya itu mempunyai raut wajah seakan Tokti.

Berikut dikongsikan beberapa komen peminat yang ditinggalkan di ruangan Instagram Sharnaaz terhadap video Jebat.

Nampaknya Jebat dah letak standard yang agak tinggi untuk calon wanita yang bakal menjadi isteri babanya. Untuk bakal isteri Sharnaaz pula mungkin kena ada ciri-ciri seperti Tokti agaknya. Nak pikat hati baba mestilah kena pikat hati Jebat dulu. Mudah-mudahan Sharnaaz pula yang akan bertemu jodoh selepas ini.

Sumber: Instagram sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!