Kongsi foto bertudung terkeluar jambul, komen Neelofa tarik perhatian netizen

Sejak akhir-akhir ini pasti ada sahaja isu yang mengundang perhatian netizen melibatkan adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali dalam kalangan netizen menerusi nama Instagram littlemisskhan. Kisah mengenai harga barangan penjagaan tubuh beliau menjadi begitu tular sebelum ini apabila produk berkenaan dikatakan mencecah harga ribuan ringgit hanya untuk digunakan di bahagian punggung beliau sahaja.

Walaupun berulang kali terpaksa berdepan dengan beberapa kontroversi yang tular namun perkara berkenaan tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus bangkit kembali dan meneruskan perniagaan beliau seperti biasa.

Mengambil tema retro, Ameera mencuri tumpuan sekali lagi apabila menjadi model kepada produk keluaran ibunya iaitu jenama kosmetik Young and Glow dengan mengenakan solekan dan gaya rambut seakan Marilyn Monroe iaitu selebriti terkenal Holloywood.

Beliau sekali lagi menerima kecaman kerana imej berkenaan dikatakan kurang sesuai digayakan oleh beliau. Sebagai seorang anak, pastinya beliau hanya ingin melunaskan permintaan dan tanggungjawab kepada ibunya.

Menerusi hantaran terkini beliau di Instagram, Ameera telah memuatnaik beberapa keping gambar beliau menggayakan tudung dengan caption doa yang memohon sesuatu yang baik dari Allah.

Walaupun pemakaian tudung berkenaan tidak begitu sempurna dan mendapat kritikan netizen namun pujian wajar diberikan buat beliau kerana tetap mencuba dan berusaha untuk menutup aurat.

Ameera turut membalas komen netizen tersebut dengan berkata beliau sedang mencuba untuk berubah secara perlahan-lahan.

https://www.instagram.com/p/CLtQyqZgql7/?igshid=hd2wu4lh0wh8

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila kakaknya iaitu Neelofa tampil mngalkan komen mendoakan agar adiknya itu terbuka hati untuk berhijab suatu hari nanti. Setiap keluarga pastinya mahukan yang terbaik buat ahli keluarga mereka termasuklah adik beradik mereka sendiri.

Neelofa sendiri melalui beberapa fasa dalam kehidupan beliau untuk berubah sehinggalah kini beliau akhirnya berpurdah, jadi tidak mustahil ahli keluarga beliau bakal mengikuti jejak langkahnya suatu hari nanti.

Rata-rata rakan artis dan netizen memuji wajah Ameera yang cantik bertudung. Ameera yang sememangnya mempunyai drah kacukan Pakistan itu yang kelihatan saling tak tumpah seperti seorang wanita arab apabila mengenakan hijab.

Mudah-mudahan Ameera terus istiqamah dalam usaha untuk berubah kearah kebaikan dengan mengenakan hijab suatu hari nanti. Sebagai peminat, sokongan dan motivasi yang diberikan mampu untuk menaikkan semangat Ameera.

Yang penting berikan masa dan ruang untuk Ameera melakukan perubahan tersebut dengan keinginan beliau sendiri tanpa sebarang paksaan.

Sumber: ig littlemisskhan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!