“Lasaknya Alisa, mmg betul2 anak kedua ni” – Netizen

Kecomelan anak kepada pelakon aksi Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kedua-dua anak kepada pelakon ini pernah memenangi Anugerah Top Meletop Era bagi kategori Si Cilik Meletop. Anak pertama mereka iaitu Yusof Iskandar memenangi anugerah itu pada tahun 2017 manakala anak kedua mereka iaitu Alisa Aisyah pula memenangi kategori yang sama pada tahun 2020.

Kedua-dua orang kanak-kanak itu mempunyai sebilangan pengikut yang besar di media sosial mereka dimana Yusof mempunyai seramai 2.7 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 5 tahun manakala adiknya Alisa Aisyah pula mempunyai seramai 1.2 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 2 tahun.

Pasaangan ini sebelumnya pernah mencuri tumpuan masyarakat kerana Hairul membuat lamaran secara terbuka kepada Hanis di atas pentas Gegar Vaganza. Untuk rekod mereka telah mendirikan rumahtangga pada Jun 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar pada 2016 dan Alisa Aisyah pada 2019.

Kehidupan pasaangan ini dan anak-anak mereka menjadi perhatian netizen kerana sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial. Menerusi Instagram Hairul dan Hanis, pasaangan tersebut juga kerap berkongsi aktiviti harian yang mereka lakukan bersama anak-anak demi tatapan para peminat mereka.

Terkini menerusi Instagram Hanis, beliau memuatnaik sebuah video menunjukkan aktiviti yang mereka lakukan bersama anak-anak di rumah bagi mengisi cuti hujung minggu. Hairul yang kini sedang menyiapkan diri untuk filem terbaru dilihat sedang melayani gelagat anaknya untuk melompat dan bergurau sambil mengajar seni mempertahankan diri bersama mereka.

Sudah menjadi lumrah menjadi anak kepada pelakon aksi, pasti ada sahaja aksi lasak yang ditonjolkan oleh anak-anak. Gelagat Alisa yang bergurau lasak dan bersahaja melompat serta mengikuti gerak geri abangnya Yusof untuk bermain mencuri tumpuan warganet.

Ramai yang memberikan komen mengenai kecomelan Alisa yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama di layani oleh Hairul. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet buat Alisa.

Keletah dan gelagat Yusof dan Alisa yang comel dan bijak sering mencuri tumpuan para peminat kepada pasaangan ini. Kemesraan pas4ngan ini sering menjadi inspirasi kepada pasaangan yang telah berkahwin diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka yang berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan peribadi.

Sumber: Instagram hanis zalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!