Terharu baca ucapan Nabila buat Engku Aleesya sempena ulang tahun kelahiran ke 12

Siapa yang tidak kenal anak kepada Engku Emran iaitu Engku Aleesya yang merupakan satu-satunya anak hasil daripada perkahwinan pertama Engku Emran dan Erra Fazira pada tahun 2007. Engku Emran dan Erra Fazira mendirikan rumahtangga pada 2007 bagaimanapun bercrai pada tahun 2014 setelah hampir 7 taun bersama. Engku Aleesya kini telahpun berusia 12 tahun dan mewarisi kejelitaan wajah ibunya yang merupakan primadona terkenal tanah air.

Baru-baru ini Engku Emran telah mengakhiri zaman duda apabila memutuskan untuk mengahwini kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila. Perkenalan mereka berdua bermula apabila sama-sama terlibat dalam sukan berbasikal sejak tahun lalu.

Hubungan yang baru beberapa bulan terjalin itu akhirnya berakhir ke jinjang pelamin apabila Engku Emran tidak berfikir panjang untuk melamar Noor Nabila untuk menjadi suri hati hidupnya. Penyatuan dua hati itu membawa bersama Engku Aleesya menjadi sebahagian daripada keluarga besar Nabila dan Neelofa.

 

Sudahpun meningkat keusia awal remaja, Aleesya dilihat tidak kekok untuk membawa dirinya dalam majlis besar dan mudah bergaul mesra dengan ahli keluarga barunya itu. Ketika majlis pernikahan Neelofa tempoh hari, Aleesya juga bersama-sama ahli keluarga yang lain merakamkan gambar kenangan bersama.

Tanggal 30 Mac merupakan hari ulang tahun kelahiran Engku Aleesya yang telah genap berusia 12 tahun. Aleesya di lahirkan pada 30 Mac 2009. Menerusi Instagram, Nabila telah memuatnaik ucapan manis sempena ulang tahun kelahiran buat Aleesya.

https://www.instagram.com/p/CNBxsMQsQYz/?igshid=wkkzozpau3es

Walaupun hubungan antara mereka berdua baru sahaja terjalin namun ternyata titipan harapan dan ucapan doa daripada Nabila buat Aleesya itu dicoretkan penuh dengan rasa kasih sayang ibarat daripada ibu kandung sendiri.

Ruangan komen di entri yang dimuatnaik oleh Nabila itu turut dihujani ucapan selamat menyambut hari kelahiran daripada rakan-rakan artis dan juga para pengikut akaun Instagram Nabila. Netizen begitu terharu membaca ucapan daripada Nabila dan memuji hubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua mereka.

Bagus betul didikan ibu dan bapa Engku Aleesya dalam membesarkan anak perempuan mereka. Aleesya kelihatan sangat sopan dan mempunyai budi pekerti yang sangat baik.

Semoga hubungan yang baru terjalin antara kedua buah keluarga ini akan bertambah erat dan membuatkan Aleesya lebih gembira bersama dengan ahli keluarga besar beliau yang baru.

Sumber: igs noor nabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!