“Bukan sahaja merepek, AJL35 kali ini seperti Wow Shop” – Azrinaz Mazhar Hakim

Anugerah Juara Lagu akhirnya telah melabuhkan tirai malam tadi setelah beberapa kali ditangguhkan. Kemenangan malam tadi telah berpihak kepada lagu Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraf, Noki dan Loca B. Kejayaan lagu tersebut muncul sebagai juara telah menepati ramalan kerana mengangkat tema kesihatan mntal yang menjadi isu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Lirik yang begitu puitis dan melodi lagu yang unik juga menjadi penyebab utama lagu tersebut dinobatkan sebagai juara. Antara yang menjadi perhatian ramai adalah Ernie Zakri dan juga Aina Abdul. Kelantangan vokal kedua-dua artis tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan dan menjadi peserta kegemaran ramai.

Aina dan Ernie menepati ramalan apabila Ernie berjaya merangkul anugerah vokal terbaik dan Aina pula membawa pulang kemenangan di tempat kedua dengan menaruhkan lagu Semalam. AJL kali ini menampilkan beberapa wajah baru yang pertama kali tercalon seperti Nabila Razali, Amir Masdi dan Zizi Kirana.

Ibarat kata pepatah rumah sudah siap namun pahat masih lagi berbunyi, anugerah juara lagu yang berlangsung malam tadi telah menerima beberapa kritikan apabila pihak penganjur telah membuka ruang kepada penaja untuk membuat promosi semasa majlis yang berprestij itu berlangsung.

Menerusi perkongsian di Instagram, Che Puan Azrinaz telah meluahkan rasa kurang senang dengan penganjuran Anugerah Juara Lagu yang berlangsung malam tadi. Daripada kaca mata beliau sebagai seorang yang pernah terlibat secara langsung dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu satu ketika dahulu, AJL malam tadi berlangsung dengan begitu hambar sekali.

Paling mengejutkan apabila pertandingan yang sepatutnya membariskan lagu-lagu berkualiti dan gah sudah jadi seperti sebuah rancangan menjual barangan seperti Wow Shop. Segmen khas yang diwujudkan untuk mempromosikan penaja menjadikan anugerah tersebut seperti hiilang arah tuju.

Che Puan Azrinaz menyarankan supaya mengambil contoh anugerah antarabangsa di luar negara yang terus mengumumkan nama pemenang tanpa perlu membuang masa menyebut nama penaja sepanjang masa sehingga berjela-jela. Menurut Che Puan Azrinaz lagi tidak salah menyelitkan usikan dan hiburan namun amat meloyakan jika berulangkali menyebut nama penaja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga sangat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Che Puan Azrinaz itu. Terasa seperti anugerah berprestij seperti AJL sudah hiilang taringnya dan tidak ubah seperti konsert mingguan program hiburan yang ditayangkan di televisyen setiap minggu. Berikut merupakan luahan hati para penonton terhadap AJL malam tadi.

“Ya sebut la nama penaja tu dr awal smpai ke sdh rancangan.. meluat dgr. Celoteh psl penaja je dh berapa minit dok ulang tu saja.. annoyinggg tingg tinggg” – Netizen

“I dah agak dah mesti hncur. Well done CP for Your brilliance comments. 100 percent agreed. “ – Netizen

Kita tunggu pun sbb ada jamal abdilsh n Aisyah yg lain meloyekn” – Netizen

“Im asking my mom , do you want that clothing.. she said no , pattern out of date same like you said hahahahah ..” – Netizen

“Sy tutup tv awal.. Whatt??. Ggv.. Mentor ok la.. Tp ni ajl kot.. No more sabella.” – Netizen

“Makin lama makin bosan dengan AJL ni takde perubahan” – Netizen

“Percikan bunga api pun macam aduhai. Tolong la. Orang x buat dah percikan bunga api hambar macam tu. “ – Netizen

Apa yang dikatakan oleh Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim itu ada benarnya kerana promosi yang dilakukan oleh pihak penaja seakan telah menenggelamkan persembahan yang sepatutnya menjadi tumpuan utama pertandingan tersebut.

Semoga pihak penganjur boleh mengambil maklum respon para penonton terhadap isu ini dan memperbaiki mutu penganjuran pertandingan tersebut untuk AJL tahun hadapan pula.

Sumber: ig azrinaz mazhar hakim.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!