“Sorry i pantang tgk kucing kena tarik camni. Bg baby main patung lah, bkn anak kucing” – netizen

Sejak muncul bersama kumpulan New Boyz beberapa tahun lalu, nama Tomok masih lagi meniti dibibir para peminat beliau sehingga kini. Walaupun kini Tomok selesa bergerak solo namun Tomok masih lagi membawa nama kumpulannya itu kemana sahaja beliau pergi.  Tomok telah mendirikan rumahtangga bersama bekas pramugari iaitu Rahayu Abas atau lebih mesra di sapa Ayu pada Julai 2011.

Setelah mendirikan rumahtangga hampir 10 tahun, pasngan ini telahpun memiliki 3 orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Anak ketiga beliau Siti Khadijah telah dilahirkan pada Jun tahun lalu. Beliau yang sebelum ini memiliki sepasang anak lelaki merasa cukup gembira menyambut kelahiran anak perempuannya itu dan turut bersyukur kerana hasrat untuk menimang anak perempuan akhirnya dimakbulkan oleh yang maha Esa.

Terkini, menerusi Instagram Tomok telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan anak perempuannya Khadijah sedang bermain dengan anak kucing peliharaan mereka. Siti Khadijah yang hampir mencecah usia 9 bulan dilihat menarik telinga anak kucing berbulu kelabu itu sehingga mata anak kucing itu seakan terbeliak.

Bagaimanapun kedengaran dari arah belakang suara Tomok yang sedang menegur perbuatan Khadijah dan mengajar supaya anaknya itu mengusap dan menyayangi anak kucing tersebut.

Terkesan dengan video yang dilihat seorang individu merasakan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar dan meminta agar Tomok memberikan anak patung kucing sebagai ganti kepada permainan buat Khadijah. Tambah individu tersebut lagi, kelakuan yang dilihat comel itu disifatkan olehnya sebagai tidak kelakar.

Komen daripada individu berkenaan telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para pengikut akaun Instagram Tomok. Rata-rata netizen meminta agar individu tersebut supaya bersabar dan mengambil perkara tersebut sebagai tindakan Tomok untuk memupuk sifat cintakan haiwan kepada anak-anak sejak dari kecil.

Tambahan pula sudah menjadi lumrah buat si cilik tersebut yang masih belum mengerti apa-apa untuk memegang dan menarik kucing sebegitu.

Tomok yang berada bersama anaknya ketika itu juga sudah pasti mengawasi Khadijah dan telahpun melarang dengan lembut anaknya itu supaya tidak menganiayai anak kucing malahan menyebut “sayang” agar anaknya itu menyayangi haiwan  berkenaan.

Keberadaan Tomok disitu juga sudah cukup membuktikan bahawa Tomok tidak akan membiarkan perkara yang buruk berlaku kepada anaknya mahupun anak kucing berkenaan.

Sebagai pencinta kucing mungkin individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang apabila melihat perilaku yang kasar terhadap kucing. Tomok pun sudah melarang anaknya itu dengan lembut. Lagi pula Khadijah kan masih kecil. Masih belum mengerti apa-apa.

Sumber: ig tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!