“Saya dah cuba yang terbaik, Maafkan saya Hael Husaini” – Nabila Razali

Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya Anugerah Juara Lagu bakal bersiaran pada 14 Mac dalam norma baru. Walaupun bersiaran dalam norma baru namun kehangatan dan debaran pertandingan berprestij tersebut sangat dirasai oleh para peminat yang sekian lama menantikan persembahan daripada artis kesayangan mereka. Masing-masing sudah mempunyai ramalan mereka tersendiri dan berdasarkan senarai peserta yang bertanding beberapa nama sering kali disebut-sebut dan dilihat berpotensi untuk menjuarai pertandingan Anugerah Juara Lagu kali ini.

Antara yang menjadi perhatian ramai adalah Ernie Zakri dan juga Aina Abdul. Kelantangan vokal kedua-dua artis tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan dan menjadi peserta kegemaran ramai. AJL kali ini turut menampilkan beberapa wajah baru yang pertama kali tercalon ke AJL seperti Nabila Razali, Amir Masdi dan Zizi Kirana.

Ketika pertandingan diperingkat semifinal, Nabila tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua kerana tidak sihat dan beliau dikecam kerana berjaya ke final juara lagu hanya kerana lagu tersebut dinyanyikan oleh Hael Husaini. Dktor juga sudah menasihati Nabila untuk berehat.

Untuk rekod, Nabila pernah terkucil semasa menyanyikan lagu peluang kedua di program meletop dan perkara tersebut telah mendapat perhatian meluas media ketika itu kerana kebolehan nyanyian beliau sering dipertikai netizen.

Namun demi para peminat yang mahu menyaksikan artis kesayangan mereka itu beraksi di pentas AJL, Nabila tetap teruskan berusaha untuk tampil menyanyikan lagu Peluang Kedua. Setelah beberapa bulan berlatih dengan bersungguh-sungguh, Nabila berjanji kepada para peminat untuk memberikan yang terbaik pada malam final AJL nanti.

Bagaimanapun semasa membuat persembahan pada malam final AJL, Nabila sekali lagi telah terkucil. Beliau juga tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya semasa persembahan tersebut.

Nabila Razali juga mengakui kesilapannya ketika menyampaikan lagu peluang kedua untuk pentas AJL semalam. Nabila meluahkan perasaan kecewa dan memohon maaf kepada penulis lirik dan komposer lagu tersebut.

https://www.instagram.com/p/CMaEkgGlTfe/?igshid=sjk6a23zzazb

Rata rata rakan artis tetap menyokong dan memberi semangat kepada Nabila ramai yang memuji kesungguhan nabila ketika menyampaikan lagu tersebut.

Sementara itu menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh Hafiz Hamidun di twitter, beliau berkata Nabila baru sahaja mensia-siakan peluang kedua yang diterimanya.

Bagaimanapun ciapan beliau itu telah menerima kecaman daripada warganet kerana Hafiz dikatakan tidak menyokong rakan artis yang sama industri dengannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet merasakan kata-kata beliau disifatkan sebagai tidak senstif kerana tidak menjaga perasaan Nabila yang telah cuba memberikan yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan persediaan demi menghadapi pertandingan AJL kali ini. Berikut dikongsikan komen daripada warganet.

Ramai yang kasihan dengan Nabila. Mungkin kali ini Nabila terpaksa hadapi sindiran dan kecaman netizen lagi. Sabarlah Nabila, semoga Nabila dapat memperbaiki teknik nyanyian dan belajar dari kesilapan pada masa akan datang. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan namun yang penting jangan berhenti untuk belajar dan memperbaiki diri.

Sumber: twitter syaf_izzu, Ig Nabila Razali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!