Muatnaik foto pertama sbg suami isteri, komen penjual produk kehamilan buat netizen terhibur

Semalam baru sahaja selesai berlangsungnya majlis akad nikah pelakon Nur Risteena Munim dan pasaangannya Isa Khan. Pasaangan sejoli itu sepakat memilih tarikh 12 Mac untuk melangsungkan pernikahan mereka setelah menundanya pada bulan November tahun lalu kerana terpaksa akur dengan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Akad nikah telah di adakan di Msjid Tunku Mizan Zainal Abidin dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Majlis akad nikah diadakan sebelah pagi dan majlis resepsi pula diadakan sebelah malamnya pula. Dalam majlis resepsi itu, Isa juga turut menyanyikan sebuah lagu baru yang diciptakan khas buat isterinya berjudul Karunia Terhebat.

Majlis berjalan lancar kerana segala persiapan perkahwinan sudah lama dilakukan. Ikatan penikahan itu akhirnya dimeterai setelah mengikat tali pertunangan sejak 2019. Impian mereka berdua yang mengimpikan majlis penikahan yang meriah dan boleh dihadiri ahli keluarga dan rakan taulan akhirnya terlaksana walaupun masih lagi terbatas dengan SOP yang perlu dijaga bagi mengelakkan penularan C0v1d19.

Menurut Risteena lagi, jika diikutkan tunangnya itu sebelum ini beliau mahu mengadakan majlis akad nikah secara kecil-kecilan sahaja di pejabat agama. Bagaimanapun pengumuman terbaru daripada kerajaan untuk membenarkan majlis perkahwinan nyata melegakan dan menggembirakan mereka berdua.

Pasaangan dua sejoli ini sering mencuri tumpuan dengan video mereka berdua yang sangat mesra dan romantik. Terkini setelah bernikah semalam, menerusi Instagramnya Risteena memuatnaik sekeping gambar dirinya dan Isa yang telah bergelar pasaangan suami isteri.

Foto tersebut berkemungkinan besar di ambil sebagai kenangan untuk di abadikan sebagai hari pertama mereka berdua bergelar pasaangan suami isteri dan berkongsi rasa bahagia mereka berdua bersama para peminat.

Menjengah keruangan komen, terdapat komen daripada penjual produk kehamilan telah mempromosikan produk ikhtiar untuk hamil. Komen tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian netizen yang merasakan agak lucu kerana terlalu awal menjual produk ikhtiar kehamilan buat pasaangan berkenaan.

Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap penjual produk kehamilan berkenaan.

Kelakar juga melihatkan gelagat para peniaga yang menggalkan komen di laman sosial artis ini. Terhibur pula dibuatnya kali ini kerana jika di fikirkan kembali pasaangan tersebut hanya baru sehari bernikah. Mustahil untuk mereka menggunakan produk ikhtiar kehamilan dalam masa terdekat kerana masih terlalu awal.

Buat pasaangan romantik ini, akhirnya kini mereka berdua telahpun selamat diijabkabul dan bergelar pasaangan suami isteri. Selamat menempuhi perjalanan kehidupan baru sebagai suami isteri.

Sumber: ig nur_risteena

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!