“Rasanya Azar nak pilih pasangan yg bujang kot tak nak yang duda” – Netizen

Pasti ramai yang sudah tahu tentang hubungan akrab yang pernah diperkatakan oleh orang ramai sebelum ini antara Azar Azmi dan Fizo Omar. Disebabkan hubungan rapat antara mereka berdua itu, netizen telah membuat spekulasi bahawa mereka berdua sedang hangat menjalin cinta kerana sering memuatnaik gambar bersama dengan panggilan mesra yang dipanggil antara satu sama lain.

Azar Azmi yang merupakan seorang pelakon dan model Wanita ini merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2009 sebelum dirinya mula mengatur langkah dalam dunia perlakonan. Baru-baru ini, Azar sendiri telah membintangi sebuah drama bersiri tayangan Astro Prima yang bertajuk Derita Untuk Bahagia. Drama ini turut dibintangi oleh Amar Baharin, Hafreez Adam, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Sempena ulangtahun kelahiran Hafreez Adam yang juga merupakan pelakon drama Derita Untuk Bahagia bersama Azar, dia telah memuatnaik satu video sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada 10 Jun semalam.

Terkejut dengan video tersebut, para peminat dan netizen mula mempersoalkan tentang hubungan mereka berdua bila ternyata Azar Azmi sendiri yang telah membuat kejutan kepada Hafreez.

Kebanyakan mereka mula berteka-teki dan bertanya tentang status mereka berdua disebabkan oleh Azar yang sebelum ini dikatakan sedang bercinta dengan Fizo Omar.

Sebelum ini, Hafreez juga pernah bertunang dengan pelakon cantik Zara Zya pada tahun 2019 dan memutuskan pertunangan mereka sebulan selepas itu.

https://www.instagram.com/p/CP8fjjWjH9v/?utm_medium=copy_link

Ada juga netizen yang mula membuat spekulasi sendiri dengan mengatakan bahawa Azar sebenarnya ingin mencari pasangan yang bujang dan bukan dengan status duda. Bukan sahaja itu, ada netizen turut berkata bahawa Fizo yang sebenarnya memilih pasangan.

Azar Azmi juga ada memuatnaik video di laman Instagram miliknya dengan mengatakan bahawa dia bersyukur memilik Hafreez dalam hidupnya. Dia juga mengatakan akan selalu berdoa yang terbaik buat diri Hafreez.

Jika benar tentang segala persoalan dan teka-teki yang mengatakan mereka berdua memang sedang bercinta apa salahnya kan. Masing-masing pun masih bujang dan berhak memilih siapa saja untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Apa pun selamat hari kelahiran yang ke 31 buat Hafreez Adam. Semoga panjang umur dan hidup sentiasa dirahmati Allah. Tak lupa juga untuk cepat naik pelamin.

Sumber: Instagram Hafreez Adam dan Azar Azmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!