Indahnya hubungan ayah anak, ramai sebak baca pesanan Norman Hakim buat Danish yg bkl hadapi spm esok

Norman Hakim dan Memey Suhaiza merupakan pasngan suami isteri yg banyak memberikan inspirasi dalam hubungan kekeluargaan buat masyarakat. Norman Hakim telah melalui jatuh bangun dalam kehidupan dan bangkit kembali dari percraian. Beliau juga kembali berdamai dengan pasngannya Abby Abadi dan perkara tersebut cukup dikagumi oleh masyarakat. Beliau juga sering menggunakan pengaaruh artis sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan buat orang ramai.

Sebagai rekod, hasil pernikahan dengan Abby Abadi, Norman memiliki 3 orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Telahpun mengijak usia 18 tahun, anak sulungnya itu bakal menduduki peperiksaan SPM pada keesokkan hari.

Anak sulungnya itu baru-baru ini juga tular kerana telah memberikan Norman serta ibunya Abby Abadi duit perbelanjaan hasil titik peluhnya sendiri. Anak sulungnya itu telah membuka kelas dalam talian yang diusahakannya sendiri.

Anak lelakinya itu membuka kelas bacaan al-quran untuk yang berminat membetulkan bacaan al-quran kerana berniat untuk menggunakan ilmu yang diperolehi semasa menuntut al-quran dahulu ke arah kebaikan.

Norman pada awalnya tidak smpai hati untuk mengambil wang berkenaan kerana pendapatan anaknya itu masih belum tetap. Norman bagaimanapun akur di atas keikhlasan pemberian anaknya dan tidak mahu anaknya berkecil hati sekiranya menolak.

Ujar Norman, beliau tidak pernah meminta balasan terhadap apa yang telah beliau berikan buat keluarga selama ini. Namun beliau menyedari tindakan anaknya berkemungkinan besar susulan contoh yg beliau telah terap dan amalkan sejak dari kecil kepada anak-anaknya.

Menerusi perkongsian terkini Norman Hakim di istagram, beliau berkongsi sebuah kiriman whatsapp dari anak sulungnya Danish. Danish mengirimkan mesej melalui applikasi Whatsapp kepada bapanya itu untuk memohon maaf dan mendoakan beliau agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal beliau hadapi esok.

Norman kemudiannya membalas kembali mesej anaknya itu dengan memberikan pesanan dan doa yang cukup menyentuh hati sehingga mengundang sebak kepada sesiapa jua yg membacanya.

Norman turut sama mendoakan para pelajar yang bakal menduduki SPM seperti anaknya esok. Para peminat begitu terharu melihat hubungan akrab yang terjalin antara anak dan bapa ini.

Rata-rata pengikut Norman memuji pelakon Gerak Khas itu yang sangat ikhlas dalam menasihati anak dan berkata mereka juga turut mendapat manfaat daripada nasihat panjang lebar yang dititipkan oleh Norman buat anak sulungnya itu.

Netizen juga mendoakan Danish dan berharap supaya Danish berjaya menjawab peperiksaan berkenaan dengan tenang dan lancar. Para peminat juga mendoakan agar anak Norman Hakim itu dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam keputusannya nanti. Berikut dikongsikan beberapa doa mereka buat Danish.

“masyaallahhh.. semoga ank2 yg duduki spm mndpt ketenangan dan kecerdikan akal utk mnjwb semua soalan2 dgn lancar dan terbaik.. aminnn” – Netizen

“Semoga berjaya Danish dan semua ank2 utk spm Aamin2 yrb” – Netizen

“Semoga dipermudah kan Aamiin3. Semoga Danish Berjaya Aamiin3” – Netizen

“Terima kasih, bang. Sy pun dpt manfaat dari kata2 itu” – Netizen

“aamiin.ank saya pun batch 03 yg penuh cabaran.moga di permudahkan semuanya” – Netizen

“Gud luck abg danish.a.smoga beroleh kejayaan di dunia & akhirat” – Netizen

Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah yang boleh di ibaratkan buat keluarga ini apabila anak-anak mereka dilihat sudah mula mencontohi tauladan yang sering ditunjukkan dan di amalkan oleh ibu bapa mereka.

Seronok tengok anak yang semakin membesar sudah tahu untuk berbakti buat orang tua mereka dan berbuat kebaikan kepada orang lain. Tahniah kepada ibu dan bapa yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang cukup hebat. Buat semua pelajar yang bakal menduduki SPM, selamat maju jaya diucapkan buat anda semua.

Sumber: ig normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!